Saturday, November 14, 2020

Matlamat dalam setiap perhubungan... "a relationship goal"

Setiap perhubungan bermula daripada satu titik iaitu ... pertemuan. Maka menjelang perpisahan, ranjau dan duri adalah asam garam yang Allah titipkan. Keutuhannya bergantung kepada kebergantungan kita mengharap redha dan rahmatNYA. 

Dua ayat terakhir Al-Baqarah yang disunnahkan membacanya sebelum tidur adalah penguat semangat yang Allah ajari manusia dalam menghadapi badai dugaan dunia sebagai persediaan akhirat.


Sumber: quran.com

Menghayati bait-bait doa yang terkandung dalam ayat di atas memberi kekuatan dan motivasi bahawa pasti ujian yang Allah beri untuk kita adalah mengikut bidang kuasa dan kemampuan hambanya menghadapai kemelut dunia. Sesungguhnya kembali kepada Allah bukan jalan terakhir tetapi adalah permulaan atas hasil usaha kita semasa hayat kerana di sinilah segala pertikaian akan diadili... 

Ya ALLAH aku me mohon perlindungan Mu daripada tergolong dari kalangan mereka yang meminta untuk pulang ke dunia dikala semuanya telah lenyap. 

Allah duga manusia untuk kita dekat dengannya, hanya hamba yang selalu lupa.  Dikala pengakhiran hayat mendatang... 
... berapa ramai pasangan suami isteri yang berjaya melalui ujian dengan tabah,  
meluangkan waktu malam bersama bertemankan ayat-ayat Allah?
... kerana, matlamat hubungan sebenarnya adalah ke JANNAH bersama...

Ya Allah, kurniakanlah redha-Mu buat dua insan mulia ini... ampuni mereka, rahmati mereka dan tetap lah mereka atas tauhid.  Permudahkan mereka dalam urusan dunia, sakaratul maut, alam barzakh serta Padang Mahsyar. Berilah khabar gembira buat mereka dengan ganjaran syurgaMU.

No comments:

Post a Comment