Sunday, February 6, 2022

Morning walk... sebenarnya seronok kalau beramai-ramai.

Subuh masuk lewat, kami keluar jam 7... Waktu subuh masih belum berakhir. Maknanya keadaan masih gelap.

Sampai di tasik Seksyen 9, dah ada ramai orang. Pelik sungguh... Depa ni solat subuh ke tidak? Cepat betul sampainya.

Gigih En Rosman berjalan sambil galas kerusi. Senang... Rasa penat, terus boleh duduk. Uwais pula sebok dengan bola.

Kami luangkan lama masa di area ni. Ibu kayuh alat ni 10 minit non- stop. Berpeluh jugak tu.

Moon walker ni lebih best. Cuma... bebola di bahagian kiri rosak so terganggu sikit pergerakan kaki kiri. Kalau tak, yang ni memang terbaik.

Kaki posing mamat ni. Stoking pun warna lain-lain.

Saja ibu suruh Uwais posing sini. Nak tunjukkan the beauty of LOVE sebab nak rujuk kepada perkataan LOVE kat sebelah tu. "Sayang, sayang jugak, tapi di tangan Ibu standby rotan". Hakeem pula kata, "Bukan Bu, anak dia tengah peluk ibu dia, merayu supaya tak kena rotan."

Hehe... Sebenarnya besi putih tu mungkin di pasangkan bendera ke atau apa2 sign tapi terpatah, maka jadilah bentuknya macam rotan. 

Melalui jalan-jalan yang pernah ditelusiri di JB

Ibu ke JB lagi pada 2022 menghantar Hakeem masuk kolej kediaman. Sebenarnya Hakeem dah masuk semester 3. Selama setahun Hakeem hanya hadiri online class.

Ibu pun banyak hadir online class, OK je walaupun ada yang sedar-sedar kelas dah tamat.

Kali terakhir ke JB satu keluarga rasanya Uwais masih belum lahir. Uwais dah 12 tahun ni baru merasa ke JB sekeluarga.

Sungai yang berhubung ke laut JB. Masya-Allah cantiknya pemandangan. Bagus kerajaan Johor jaga sungai. Nampak sangat2 bersih. 

Bila Hakeem beritahu semester tamat dan boleh ambil dia bermula Sabtu, En Rosman suruh ibu cari tempat menginap. 

Memandangkan kami satu keluarga yang besar Booking.com pilihkan apartment 2 bilik.

Gambar ni owner apartment yang send supaya senang nak cari. Memang daripada jauh dah nampak. Bentuk pun unik. 

En Rosman memandang ke Woodland, Singapura.

Ibu dan En Rosman pun nak juga bergambo... Nampaknya tahap kegemokan ibu nak menyamai En Rosman. Ngerinya... 

Ini pula anak2 geng posing menghala ke Singapura.

Pandangan hala ke JB lebih cantik, mungkin dekat kut.

Aktiviti berendam. Ibu ada juga masuk dalam kolam. Pergh... Air dia gila sejuk. Dah la angin kuat. En Rosman sampai menggigil.

Dalam dok mengemas barang yang dibawa balik daripada Ofis lepas kena retrench, terjumpa pula pensil ni. Dah lebih 10 tahun rasanya umur pensil ni. Tu yang ibu snap gambar. Masa ambik gambar ni tak tahu pun ibu akan kembali lagi ke Pasir Gudang. Alangkah indahnya perancangan ALLAH swt.