Ibu pun banyak hadir online class, OK je walaupun ada yang sedar-sedar kelas dah tamat.
Kali terakhir ke JB satu keluarga rasanya Uwais masih belum lahir. Uwais dah 12 tahun ni baru merasa ke JB sekeluarga.
Sungai yang berhubung ke laut JB. Masya-Allah cantiknya pemandangan. Bagus kerajaan Johor jaga sungai. Nampak sangat2 bersih.
Bila Hakeem beritahu semester tamat dan boleh ambil dia bermula Sabtu, En Rosman suruh ibu cari tempat menginap.
Memandangkan kami satu keluarga yang besar Booking.com pilihkan apartment 2 bilik.
Gambar ni owner apartment yang send supaya senang nak cari. Memang daripada jauh dah nampak. Bentuk pun unik.
Ibu dan En Rosman pun nak juga bergambo... Nampaknya tahap kegemokan ibu nak menyamai En Rosman. Ngerinya...
Aktiviti berendam. Ibu ada juga masuk dalam kolam. Pergh... Air dia gila sejuk. Dah la angin kuat. En Rosman sampai menggigil.
No comments:
Post a Comment