Sunday, January 2, 2022

Hari bersama keluarga @ Bukit Beruntung Golf Resort

Penutup tirai 2021 kami berkubang di Bukit Beruntung Golf Resort. Ibu tak pernah tahu pun tentang lokasi ni sehinggalah k Long bawa Uwais menyertai family Kak Ema (officemate k Long) berkelah di sana. 

Seronok untuk anak2 Ibu yang dah pandai berenang. Kalau lokasi yang kami pergi tak ada kolam yang dalam, memang masing2 tak puas hati. 

Kami gerak daripada rumah pada jam 9am. Malas  nak renyah siapkan sarapan, makan saje roti canai... yang penting kenyang.

Kami pilih ke Restoran Rabiha. Team ibu besar maka perlukan 2 meja. Di sini kuihnya variety. So, selain roti canai, kami makan kuih-muih dan laksam. Siap tapau lagi. 

Lepas isi NGV di Rahman Putra kami singgah farmasi untuk beli bandage k Long, kaki sakit sebab terpelecok anak tangga turun... Sampai ke lokasi ngam2 jam 11am.

Parking banyak dan teduh. Bahagian depan untuk club members, so perlu lah menapak lebih sikit bagi rakyat marhaen ni. K Long sakit kaki... Jauh ketinggalan. 

Masa ibu Google, tak banyak info berkaitan harga masuk ke taman air ni.  Memang berpatutan sangat untuk kolamnya dan tempoh 3 jam yang diberi. Itu harga untuk mereka yang mandi sahaja. Macam ibu yang tak mandi, tak perlu bayar. Sebenarnya ibu ada bawa baju tapi tiba2 rasa malas pulak. Jadi, ibu beritahu adik di kaunter tu kalau ibu bertukar fikiran, ibu akan datang buat bayaran. 

Kalau nak masuk 7am, lps subuh dah kena keluar rumah. Memang tak la kut. Kalau sesi petang OK juga lepas makan tengahari dan solat zohor, tenang sikit hati nak berendam. 

📍Update: 5 Mei 2022 ibu ke sini lagi. Ada perubahan harga dan masa operasi.
13 tahun ke atas RM16
12 tahun ke bawah RM10.
SEPANJANG HARI.

Pemandangan belakang sangat cantik dan nyaman. Alhamdulillah... sepanjang berada di sana cuaca tak terlalu panas. 

Ibu lepak bawak pokok. Tapi apabila matahari makin tinggi, terpaksa cari port lain. 

Gelongsor ini la yg menjadikan mandi manda di sini lebih interesting. Satu keluarga boleh naik ke atas dan slide... 

Hakeem pun entah berapa round naik turun. 

Ngah... Macam tak boleh bergerak je. Berat sangat kut

En Rosman pun join the club. Dalam dok mengadu sakit kaki tu, sanggup panjat tangga beberapa kali. 

No comments:

Post a Comment