Lepas balik mengundi ibu singgah jap belikan cendol bawak balik untuk anak2 yang kena tinggal di rumah. Masa pengang plastik ais tu, daripada kesan pengewapan air yang pada plastik tu dah nampak kesan warna biru. OK sikit2 tanggal tu boleh la maaf kut.
Sampai je rumah... masyaallah Uwais punya la berlemoih. Udahnya ibu kena bawak pi mandi sebab tak tahan sangat tengok muka dengan baju yang comot. Entah apala yang dia pegang.
Masa tengah sabun ibu tengok kesan dakwat makin berkurang. Terus jumpa En Rosman dan ambik gambar. Memandangkan ibu tak ambil gambar awal, maka jari En Rosman jadi bahan perbandingan "before and after effect". Awal tu masih ada kesan lagi....
Jari telunjuk ibu... mak ai punya la tembam
Ni pulak bahagian belakang. Memang kesannya hampir hilang dah. Yang peliknya jari telunjuk ibu dia warnakan sampai dalam, jari En Rosman tak pulak. Macamana ada lain2 style pulak nih???
Ibu tak puas hati. Kalau takat pakai sabun mandi pun boleh hilang. Ibu decide basuh pakai axion pulak.
So conclusion ibu. Janis kulit mempengaruhi tahap kekekalan dakwat nih. Kulit lembut and gebu lebih senang hilang warnanya hehe (yang ni En Rosman tak puas hati).
No comments:
Post a Comment