Teluk Senangin ni terletak dalam perjalanan ke Taiping dari Kuala Selangor. Kalau balik Taiping lalu jalan dalam selalu jugak singgah sini. Kalau masuk highway memang tak de peluang....
Singgah pun biasanya tak lama. sampai sini lepas zohor nak maghrib dah gerak ke destinasi sama ada Taiping atau balik rumah.
Kali terakhir pergi ni tak banyak aktiviti... hanya main layang2 dan mandi. Remis pun tak berapa banyak. Kalau tengah banyak tu memang banyak sungguh.
Memang ibu tak pernah overnight kat sini. Banding Bagan Lalang, tempatnya gelap dan... menakutkan pada ibu. Suasana malam kat sini sunyi sesangat sunyi bagi sebuah tempat peranginan. Lagi satu masalahnya ialah tandas. Kalau malam jenuh melilau cari tandas...
Tepi pantai adalah tempat main layang2 paling best. Sebab nak ambik gambar layang2 tinggi tu aje. Biasanya En Rosman akan ikat pada batang pancing pakai pulak tali pancing yang panjang puluhan meter. Memang tinggi.
Besar pulak obor2 nih.Tapi bila dia diusik... pecah. Very fregile kat darat. Tapi kalau kat air, jangan cuba2. silap hari bulan... hospital
Tak ramai pulak orang hari nih...
Uwais as usual... tak pernah jemu2 main pasir and main air
Pemandangan memang menawan... Kawasan berpasir pun luas.
Sampan nelayan ni paling best tengok kalau waktu pagi... banyak.
Yang bestnya teluk senangin ni ialah pantainya landai. Mungkin terlalu hampir dengan Pulau Pangkor jadi dasarnya tak dalam. Kat sini air pasang atau air surut tak ketara sangat rasanya. Selalu pergi air takat tu aje.
No comments:
Post a Comment