Tapi kali ni pergi ibu tak bawa bekalan makanan sebab ibu datang daripada Kuala Selangor, rumah kakak En Rosman. Kebetulan SpeedMart baru buka di Slim River, so ada lah tempat memborong jajan di samping singgah kedai makan beli nasi makan tengahari.
Nak masuk kena melalui Kampung Sungai Bil. Bayaran RM2 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal. Melihat rumah-rumah di kampung ni, rasa iri hati... andainya ibu ada RM mau rasanya ibu beli sebidang tanah kat sini.
Apa nak buat kalau pergi ziarah Hakeem di MRSM Felda. Tak kan nak gerak ke Air Panas Sungai Klah je memanjang... bengkok la kan. Lagipun Sungai Bil ni kurang 20km jer daripada MRSM. Idak la jauh sangat.
Lagi satu... toilet sini memang terbaik. Bersih dan air pun banyak. Kadang-kadang pusat perkelahan lah yang toilet huru hara. Tak mesra pengunjung. Surau memang tak de tapi bagi lelaki solat jer kat wakaf... pompuan pun boleh kalau tutup aurat.
Tempat tenang dan tak crowded... ibu naik awal lepas mandi, tak tahan sejuk.
Pemandangan insyaallah tidak mengecewakan.
Banyak wakaf-wakaf disediakan untuk pengunjung. Cuma kena hati-hati sebab kayu ada yang dah reput.
Suasana waktu ni mendung. Memang nyaman dan segar. Terjumpa pulak staf sales NSTP kat sini dalam banyak-banyak tempat. Jauh jugak datang sini daripada KL.
Ni padangan daripada atas jambatan.
Masih berendam...
Sebelum masuk kereta nak balik.... ternampak makhluk ni. Lipan bara. Keluar lepas hujan agaknya.
No comments:
Post a Comment