Thursday, April 2, 2015

Seronok memiliki anak-anak murid....

Rasanya perasaan ni hanya di alami oleh mereka yang bergelar cikgu. Memiliki anak-anak yang menghormati kita sebagai cikgu yang mengajar mereka. Cita-cita bergelar guru memang tak termasuk dalam senarai, tapi kesempatan ni memang menyeronokkan.  The best thing is ibu ni hanya menumpang En Rosman jer sebagai isteri cikgu. Tapi  hubungan anak2 silat adalah secara informal jadinye hubungan lebih mesra.

Bukan itu saja, melihat keakraban anak-anak sendiri bersama anak2 murid seolah-olah macam satu keluarga.

Menjelang pertandingan peringkat daerah Kuala Selangor, anak-anak diajak menjalani latihan di rumah Cikgu Lamsah @ Tanjung Karang. Cikgu yang semangat lebih...

Yang datang petang sabtu ni tak ramai... hanya sebahagian. Latihan hari ahad diadakan di Sek Men Keb Pengkalan Permatang (SMKPP)

Anak-anak ada yang datang dari Puncak Alam dan Kota Damansara. Semangat nak masuk bertanding.

Anak-anak bertali pinggang merah yang dah mendapat sijil Pembantu Jurulatih. TAHNIAH!

Budak MRSM, bekas Juara Solo Putra Sekolah Rendah daerah Kuala Selangor ketagih nak berlatih.  MRSM Trolak diajar Gayong PASAK.
 Cikgu Rosman sedang beri tunjuk ajar

 Aktiviti makan malam.

Nasib baik anak Cikgu Lamsah ada buka cafe kat sebelah... so makan malam tak payah cari jauh-jauh.

Kita minum dulu... 

What so special about this cafe is the drink... memang puas minum satu gelas beso.
 
Walaupun menu tak banyak... tapi harga berpatutan.  Kepada warga Tanjung Karang boleh la try

No comments:

Post a Comment