Thursday, December 27, 2018

Majlis Khatan Uwais anjuran BH 2018

Uwais memang sudah pasti akhir 2018 dia akan dikhatankan... kali ni En Rosman pilih untuk menggunakan kaedah lazer.  Pengalaman menggunakan kaedah smart clamp masa Hakeem tidak begitu memuaskan hati.  Kali ni nak pengalaman kaedah laser walaupun akhir-akhir ini banyak cerita "terputus" yang bertebaran di internet.

Kali ini pula, En Rosman tak mahu lagi terlibat dengan majlis khatan beramai-ramai seperti masa Hakeem - katan beramai-ramai di Masjid Negara.

Asalnya hari Selasa 4 Disember 2018 Uwais da beratur di Klinik tapi bebab terlalu ramai orang doktor minta datang semula pada petang esok.

Memandangkan BH ada buat majlis khatan beramai-ramai bersama anak-anak asnaf dan masih ada kekosongan, ibu tanya Uwais sanggup ke nak tunggu sehingga 9 Disember 2018. Dia kata "boleh". So, ibu pun join walaupun asalnya tak mahu terlibat dengan majlis khatan beramai-ramai.

Inilah perjalanan Uwais...

 Muka masam... berdebar-debar.

Pakai baju Melayu... simple.

 Respect dengan anak-anak kecil yang berani. 


Sebahagian aktiviti memeriahkan majlis... menghilangkan debaran anak-anak.

Agen Ali pun turut beramah mesra dengan anak-anak.


Baratur setelah dibawa menaiki jip mengelilingi kawasan. sekitar 5 minit. 

Datuk Seri pun hadir memeriahkan majlis.

Uwais... dapat no 44 berbanding 50 peserta. Inilah kesan akibat sampai lewat.  Pegawai perubatan didatangkan khas daripada KPJ.


Dapat sponsor kain pelikat.  Sebenarnya warna yang dipilih macam warna ayah-ayah... taste En Rosman.  Sebenarnya ada kain pilikat versi remaja dengan warna yang lebih striking. Tapi tak pe la barang free... cuma untuk anak-anak, warna terang lebih sesuai rasanya.

Proses agak lama... masing-masing muka bosan. Jam menunjuk ke angka 12 tengahari. 

Bius tak bertahan lama... dalam perjalanan dah terasa pedih luka. Menangis sepanjang jalan sampai terpaksa bagi ubat tahan sakit masa dalam kereta. Nasib baik Uwais dah makan tengahari.  Tidur sampai jam 8 malam. Sampai kena kejut.

Alhamdulillah perjalanan proses berkhatan Uwais berjalan lancar. Terima kasih pihak BH.  Rezeki Uwais... berkhatan dengan kos yang sangat minimum iaitu RM50.  Pihak pegawai perubatan pun senang dihubungi bagi tujuan rujukan untuk masalah berbangkit.

Perbandingan peribadi smart clamp berbanding laser:

Smart clamp tiada masalah menjaga dalam tempoh 5 hari sehingga ianya dibuka.  Tiada masalah luka atau kencing. Hakeem langsung tak mengalami kesakitan selepas khatan. Kami memang tidak dibenarkan memberi sebarang air gamat atau apa-apa ubat selain antibiotik yang disapu. Dalam tempoh ini, ibu memang tak langsung melihat keadaan kemaluan Hakeem.  Cuma selepas clamp tu dibuka, luka Hakeem masih belum sembuh. Darah fresh menitik-nitik. Agak banyak. Kami pula tak diberi no telefon pegawai perubatan untuk dirujuk.  Selepas itu baru Hakeem diberi minum air gamat. Alhamdulillah 2 minggu sembuh.

Bagi kaedah laser Uwais pula, tiada sebarang balutan dibuat. Benang jahit disolve sendiri jadi tak perlu berulang berjumpa pegawai perubatan. Uwais menangis (dengan kadar yang kuat) selepas bius habis disebabkan pedih. Berlaku bengkak pada bahagian jahit yang agak teruk. Selain antibiotik, ibu bagi air gamat dan ubat bengkak.  Khatan hari Ahad... Jumaat dah turun bawah dengan kain pelikat. Hari Sabtu dah pergi kenduri, walaupun masih ada kesan bengkak tapi tiada kesakitan.... so generally, ibu prefer laser sebab cepat baik.



Monday, November 12, 2018

Menghadiri Konvensyen "LGBT...Ke mana Arah Kita?" Bersama 2 Bujang

Apabila anak makin membesar, aktiviti meluang masa bersama telah bertukar. Kali ini berkesempatan meneladani majlis ilmu... menjelang akhir tahun, terdapat banyak konvensyen, seminar, bedah buku dll diadakan terutamanya di sekitar Lembah Kelang.

Tepuk dada tanya fikrah mana yang jadi ikutan... sebab daripadanya terdapat pengisian berbeza berserta kumpulan dan pandangan berbeza.

Rezki kali ini ... berikutan tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan, situasi telah berubah... isu semasa bertambah secara mendadak.  Keterbukaan pihak kerajaan membuatkan pengisian berbentuk ilmiah menjadi satu keperluan. Maka ibu ambil keputusan mendalami isu-isu semasa sebagai seorang intelek berbanding mengikut nafsu dan emosi minda ibu yang terbatas.


Tajuk mencabar... kehadiran peserta nampaknya adalah terdiri dapada peringkat remaja hingga dewasa. 

Memandangkan tajuk ini jarang diperkata secara terbuka, kali ini pengisian merangkumi pendedahan terperinci daripada sudut sosial serta sudut agama berserta dalil-dalil yang menjadi tunjang kukuhnya hujjah.

Secara amnya kehadiran Uwais hanya sebagai mengisi masa lapang. Terlalu muda... menjelang petang, keletihan.

 Bila acara selesai, masing-masing nak bergambar.

Anak-anak ibu suka berbaju melayu dengan jeans, track bottom... stylo katanya. Kalau pakai sepasang, macam hari raya pulak.

Gambar kenangan... semoga Allah masih beri kesempatan ibu untuk menghadiri lagi konvensyen ilmu sunnah pada tahun-tahun mendatang.

Nasib baik tak terkantoi tengah tido... ye Luqman Hakeem.


Friday, October 19, 2018

Sungai Chiling Yang Chill... It's a fish sanctuary @ Kuala Kubu Baru

Dah lama tak berkelah... 2 orang anak-anak ibu dah mula sesi praktikal. Memandangkan cuti panjang dan semua balik, ibu decide untuk hantar semua kembali ke tempat belajar dan praktikal masing-masing.  Kebetulan, semua menghala ke hala utara.Kami bergerak keluar dari rumah pada jam 8 pagi. Singgah makan roti canai dulu sebelum memulakan perjalanan... yang panjang.


Dalam perjalanan kami menempuhi kawasan Empangan Ampang Pecah. Kesan lama tak hujan sehingga paras air menjadi cetak.  Dari jauh kami lihat terdapat laluan motorsikal turun sehingga ke kawasan tanah merah yang sepatutnya tenggelam di dalam air tasik.

Jauh nun ke dalam. Nasib baik la kawasannya teduh dan redup. Perjalanan adalah sekitar 300 meter... Semasa lalu ada juga pelancung-pelancung yang melintasi kami yang jalan dengan perlahaaaannn. Nak ke sana, jangan sampai ada barang yang tertinggal, jauh tu nak patah balik.

Terserempak air terjun. Scary. Tempat ni memang tak ada orang yang mampu mandi sebab sangat curam jauh ke bawah. Nak himpit ke tepi pun tak berani terutamanya En Rosman yang kaki gayat.

 Akhirnya sampai... Sangat bersih dan terjaga.

Disediakan tandas dan surau. Nampak sangat dhaif. The good thing is, ia menggunakan kuasa solar untuk tenaga letrik.

Tempat pendaftaran.  Pihak pengurusan akan minta senarai nama dan setiap nama dikenakan bayaran RM1.
Kami pilih lokasi yang boleh berenang. Cuma tak la dalam sangat... Ibu memang tak plan nak mandi. Pakai skirt lagi.


Happy sangat. Sebenarnya kami sampai hanya boleh berada di sana sehingga jam 2 petang. Perjalanan perlu diteruskan.  Mula-mula hantar K Long ke IKBN Kuala Kubu Baru, Lepas tu perlu meneruskan perjalanan ke MRSM Slim River dan seterusnya hantar K Ngah ke Simpang Pulai.

Ibu hanya sediakan bekalan simpel.. makaroni cheese, salad + nugget + frise, kacang kuda rebus bersama jus oren.  Kenyang jugak.

Gambar ni ibu ambil sebab tengok ikan yang banyak. Uwais terjun depa lari, lepas tu datang semula. Memang banyak ikan. Bagi mereka yang nak bagi makan ikan, makanan ikan boleh dibeli... tapi ikan2 ni makanan biasa yang ibu bagi depa tak mahu pulak.

Wednesday, October 10, 2018

Sambutan Hari Malaysia 2018

Selama hayat ni ibu memang pernah terlibat dalam perbarisan kawad kaki sambutan hari merdeka pada 2007 di bawah penglibatan NSTP untuk sambutan 50 tahun. Selepas tu hanya tengok di TV sahaja.

Tapi kali ini di bawah Pakatan Harapan, ibu diberi kesempatan hadir untuk sambutan Hari Malaysia bersama YB Jeram. Tak pernah terlintas terlibat dalam majlis melibatkan ahli politik.


Akademi Pendawa Lima dijemput untuk memberikan persembahan. Nampak anak2 sangat bersemangat terutama tatkala bermain parang. Menarik dengan effek percikan api semasa bilah parang terkena pada tar.

 Buka gelanggang serta taklimat sebelum bergerak ke lokasi...

 Sebahagian daripada persembahan.

Uwais pun terlibat sama. Tapi banyak yang lupa daripada ingat.



Saturday, August 18, 2018

Abadi kenangan bersama ibu dan bapa sedara

Pertama kali menghadiri kenduri di Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam... tempat permainan masa zaman student.  Last ke sini konon nak berbasikal akhirnya separuh jalan patah balik. Sakit bontot.

Mengadiri majlis saudara ni seronoknya dapat bertanya khabar dengan mak dan bapa sedara. Sesekali berjumpa dan bergelak ketawa terasa jalinan darah dari satu keturunan yang mengalir dalam urat nadi ini... syukur dengan anugerah petalian yang akrab ini. Cuma perlukan sedikit peruntukan masa sahaja untuk sebuah hubungan  silaturrahim.

Pak Lang and Cbu... keturunan belah Mak Esah dan Pak Lang Hashim memang direzekikan Allah dengan anak-anak perempuan yang ramai...

Hanya mak tam sahaja yang nak bergambar, pak tam memang mengelak langsung daripada camera. Pak su dari awal tak berkesempatan bertemu. Kata chu dia jumpa geng rokok... tak ingat dunia la tu, merokok sakan. Lupa dah masalah jantung tersumbat.

Lelaki menjadi species terancam. Uwais dan Danial...

 Tamm dan famili. Dah nak gerak balik...

Keputusan tepat bila ucu decided untuk bertukar kepada Alza. Banyak jasanya...

Qistina hanya tinggal pampers, puting pun dah kat mulut. Mengantuk sangat tapi masih sempat senyum...

Tuesday, June 19, 2018

Raya 2018...

2018 kami sekeluarga sepakat mencuba warna kelabu sebabnya baju Melayu Hakeem kebanyakan warna telah ada dan masih dipakai.

Macam Panca Sitara pula.

Walaupun warna kelabu tapi 3 tona yang berbeza. Beli di tempat yang sama tapi terpaksa pilih brand lain-lain sebab saiz tak menentu.

Kata K Long memang 2018 kelabu kebiruan adalah trend, tapi macam tak ceria pula rasanya.

K Ngah pilih kelabu pada kain sahaja. Malu la kalau macam boria. Lantak la, asal bahagia.

Cantik pula bunga rumah Mak Ngah ni. Sesuai jadi port untuk posing.

Hakeem...
K Ngah...
K Long dan Hakeem...

 Uwais dan Hakeem...

Rumah under construction, siap ada tangga lagi...

Lokasi sama seperti tahun 2017... terdapat 3 rumah yang berdekatan. Rumah terakhir tu terpaksa berjalan jauh sikit. Tu yang sambil jalan ber wefie.

Lokasi adalah di tangga rumah Cik Amie @ Tg Karang. Sebelum ni beraya dalam rumah, tahun ni Cik Amie sediakan meja makan kat luar sahaja... tetamu tak perlu lagi masuk dalam rumah untuk beraya sebab kalau lebih daripada 2 keluarga, dah sendat dalam rumah. Lagipun angin datang daripada setiap penjuru... di bawah rumah siap ada katil lagi.

Wednesday, May 2, 2018

Kem Persiapan Silat @ Pusat Latihan Pandawa Lima

Tahniah Anak2 Pendawa Lima atas kejayaan melepasi halangan pertama pada 2018.

Antara yang hadir kem pembangunan silat menjelang pertandingan sekolah2.

Uwais... masih belim layak bertanding. Tapi semangat untuk persediaan tahun depan.

 Talk to the hand... No. Actually PENDAWA LIMA

 Stretching...
Selain team peserta yang hadir, senior2 dan pesilat kategori remaja juga saling bersama mengorak langkah dan hadir menyokong gelanggang PENDAWA LIMA. Lokasi Kuala Selangor.

 Ini adalah lokasi pertandingan di Shah Alam.

 Pertandingan silat sekolah2...


Posting FB En Rosman mengenai pencapaian gelanggang PENDAWA LIMA.

kisah kami.... 2 emas 7 perak 5 gangsa.... dari 20 penyertaan ke Pertandingan Silat Seni Sekolah2 dan Silat Olahraga...

biarpun dengan kekangan waktu, pesilat baru, kekurangan peralatan, dana yang terhad.... kami mampu melakukannya.... berkat sokongan anak2 Gayong gelanggang Pandawa Lima dan barisan gurulatih muda serta pembantu gurulatih.

InsyaAllah... kami akan terus berkembang...

JOM SILAT!!!.... BERSAMA KAMI.... GELANGGANG PANDAWA LIMA

#kualaselangor #puncakalam #saujanautama #setiaalam #kotadamansara

PUSAT LATIHAN SILAT SENI GAYONG GELANGGANG PANDAWA LIMA

40A, Lorong Naluri Sukma A8/A, Bandar Puncak Alam, 45010 Kuala Selangor, Selangor
019-378 5711

https://g.co/kgs/D5tHn9

#perjuanganbelumselesai
#kempusatsilatseniolahraga
#puteraputeriPandawaLima
#silatsenigayong