Julai 2012 Pak Hashim kena stroke pada bahagian kiri badan. Sehingga ke hari ni, Pak Hashim masih berkeadaan begitu. Tak mampu menggerakkan anggota bahagian kiri. Setiap 6 bulan ganti tiub trakeostomi di Hospital Sg Buloh. Sudah lebih 5 tahun Pak Hashim dan Mak Esah merantau mengikut anak-anak merantau ke Kuala Lumpur, meninggalkan kenangan puluhan tahun di Taiping.
Setelah sekian lama rumah ditinggal tanpa penghuni, akhirnya kayu mereput. Walaupun keadaan rumput tidak semak sebab Mama upah orang meracun setiap bulan. Rumah usang itu akhirnya menjadi gangguan kepada jiran. Sama ada menyakitkan pandangan atau mungkin mengundang haiwan berbahaya, Akhirnya Mak Esah mengambil keputusan meruntuhkannya. Sangat berat untuk buat keputusan ini, tapi tiada apa yang kekal di dunia ini. Yang pasti, tempat abadi adalah di "sana" nanti.
- Yang pasti pihak kami akan menggunakan khidmat juruukur tanah dan buat pagar keliling kawasan supaya tidak ada perkara berbangkit dikemudian hari.
- Yang kelakar, tanah ni ada longkang di depan, belakang dan tepi. Maka perkara ini perlu dikaji semula untuk mengurangkan pembaziran keluasan tanah.
- Sekiranya terdapat binaan jiran yang masuk ke kawasan tanah ini, kami terpaksa minta untuk dirobohkan.
- Untuk tanah dengan keluasan 60'x90', dua unit rumah sewa mungkin sesuai memandangkan lokasi yang sangat hampir dengan pekan Taiping. So, kesepakatan dan modal diperlukan untuk merealisasikan impian ini.
No comments:
Post a Comment