Tuesday, March 31, 2015

Another trip to Sunway Lagoon

Kali terakhir ke Sunway Lagoon adalah pada Hari Keluarga NSTP 2010.  Masa tu Uwais masih baby... dah lama tak berpeluang ke sana. Hanya berkesempatan ke theme park yang kecik-kecik. Sebenarnya dah beberapa kali ke Sunway Lagoon memang tak terhabis nak try semua game.

Complimentary ticket... alhamdulillah. Sessi memujuk Hakeem supaya tak de la dia rasa balik kampung means hanya lepak kat rumah je lepas masuk MRSM

Kat kaunter tiket.
















 Kat pintu masuk. Dah ke sana beberapa kali, ni la kali pertama kami masuk daripada 'main entrance'

 Tengok la tangan En Rosman kat mana...

Naik yang paling hujung. Muka sebelum mula dengan selepas of course berbeza. K Ngah sepanjang masa menjerit. K Long pulak kejap jerit kejap gelak. Siap boleh suruh adik dia bertenang lagi. En Rosman pulak asyik tergelak-gelak. Katanya kelakar tengok pompuan yang mengadap dia... muka merah padam. Ibu pulak punya takut, langsung tak bersuara.  Masing-masing punya stail sendiri.

Hakeem tak layak dari segi ketinggian. Min 1.46m rasanya. Hakeem baru 1.38m. Terpaksa tunggu a few years lagi kut.



Siap buat satu pusingan. Memang gerun. Suruh naik lagi, rasanya tak mau dah kut.



















 Mini zoo... interesting jugak... burung-burung pun dilepas bebas macam tu jer.

Uwais dah siap pakai baju mandi. Theme park tak macam public swimming pool. Banyak songeh, nak kena pakai proper swimmng attire.  Kata orang to be safe, pakai kain jersi.

 Sampai awal tapi hari cepat panas. Uwais sebenarnya tak sabar-sabar nak masuk air.
 Garang harimau ni. Siap mengaum depan cermin.  Mungkin baju Hakeem striking sangat kut.

Satu-satunya gambar dalam air yang ibu ambik. Ibu kena serangan migraine... lepas naik kapal tu, terus tangkap kepala.

Thursday, March 12, 2015

Ujian Kenaikan Bengkung PSSGM @ Kolej Vokasional Kuala Selangor

Tahniah diucap kepada Cikgu Ibrahim dan isteri, Cikgu Su kerana usaha murni anda telah menampakkan hasil.

Ini adalah ujian kenaikan bengkung putih dari kumpulan pertama yang memulakan sesi pembelajaran pada bulan Julai 2014 (rasanya).  Seramai 20 pelajar mengambil bahagian, terdiri daripada 15 perempuan dan 5 lelaki. 

Something should be done to attract anak2 lelaki untuk mempelajari seni mempertahankan diri. Kalau nak main bola ke jogging ke boleh aje. Latihan silat hanya sekali seminggu. Lelaki sepatutnya berupaya jadi pelindung kepada orang yang disayang...

Taklimat oleh Cikgu Rosman

 Sedang berbincang dan bertukar pandangan kut...

 Cikgu Su sedang menulis nombor pada baju pelajar. Tentu berdebar2 kan

Last minutes... dalam dok practise, bila depan penguji lupa jugak huhu. Pada ibu, mempelajari silat masih memerlukan IQ yang tinggi sebab... otak ibu ni dah jemm, nak ingat dua tiga buah pun fail

Ada pelajar mengadu takut tgk Cikgu Rosman... body tough sangat kut.

Pelajar2 ni dok ketaq lutut... saja je gertak. Sebenarnya semua lulus.

Ni pulak Cikgu Izzudin. Nampak cool tapi suara tegas. Ada gak yang ngadu takut dgn Cikgu Izzudin. Macam2 la korang.

Menurut kata Cikgu Su jumlah pelajar tahun 2015 telah meningkat kepada 40 orang. Pelajar lelaki pun bertambah... alhamdulillah.