Wednesday, July 15, 2015

Anugerah Kecemerlangan Media Prima


Walaupun dah bergabung antara NSTP dengan Media Prima... nampaknya tahun ni tak la ramai sangat bilangan pelajar yang dapat anugerah.

Bagi kesempatan Hakeem ambil anugerah sebab Hari Anugerah sekolah rendah Hakeem tak dapat hadir akibat ada miss-communication dengan cikgu. Kebetulan En Rosman pun dapat pengiktirafan pihak sekolah kerana kejayaan Hakeem mewakili daerah Petaling Utama dalam pertandingan seni kategori putera sekolah rendah.  Cikgu telefon En Rosman, agaknya lupa nak sebut nama Hakeem untuk hadir... kesian jugak sebab Hakeem memang plan nak jumpa kawan-kawan masa tarikh itu.

 Ucapan daripada Tan Sri Johan Jaafar...

Anugerah berupa piala pusingan serta wang tunai RM200 diberikan oleh En. Seelan Paul COO Rangkaian TV Media Prima.

Semoga menjadi pembakar semangat untuk kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang. Gunakan anugerah Allah ini untuk lebih mendekatkan diri kepadaNYA dan kembalikan tanda syukur itu dengan lebih banyak menyumbang ke jalanNYA.

Tahniah! kepada anak-anak ini.  Jangan alpa...

 Datuk CEO NSTP nun jauh di belakang.

Gambo ni ibu suka... tak nampak muka. Best beraksi...

Bukan main lagi Hakeem... semua orang pakat balik. Ibu dengan Hakeem pakat-pakat jadi kartun.  Terserlah kecomelan

Hakeem... ada aje peluang, tunjuk 'perut' kuang kuang