Sunday, December 26, 2021

Sebahagian gambar kenangan sempena menutup tirai 2021

Kenangan tanpa di tulis, terbatas pada memori yang akan ditelan waktu. Apabila kenangan disimpan dalam bentuk tulisan bukan bermakna kita ingin terus hidup dalam kenangan tersebut. Kita meniti hari melajak usia, sesekali menoleh ke belakang apa salahnya sekurang-kurangnya perkara tersebut boleh membuatkan kita tersenyum bahagia.
Hakeem dan Pak Uda dia sedang pasang katil baru Wan sebab katil lama dah loose pemutar untuk adjust kepala Wan daripada posisi baring kepada posisi duduk.

Ibu dan Uwais sambil menunggu En Rosman mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, kami makan Solero. Kes Covid-19 ni, hanya pesakit seorang sahaja dibenarkan masuk.

Di bawah adalah gambar sekitar lepak di McD
Girl's team

Guy's team

Ibu dan Una

Tamm's team

Gambar semasa hantar Hakeem ke UITM Pasir Gudang
Lepas check-in hotel terus cari makan. Otak-otak JB kembung, kalau kat KL di panggil otak-otak diet.

Pendaftaran. Waris tak dibenarkan ikut. Hanya pelajar sahaja yang buat aktiviti pendaftaran.

diIni pula di kolej kediaman. Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk. Barang pun angkut seorang diri sahaja.

Hakeem test blazer kat bundle

Baru balik ambil spek dari kedai spek. Muka masing-masing jadi persegi.

Macam ikut saiz pulak.

Uwais is as always, full of actions. 

Friday, December 17, 2021

Pantai Redang, Sekinchan... mendung menjadikan hari itu lebih bermakna

Perkahwinan sudah menjangkau Jubli Perak. Namun, inilah kali pertama ibu jejak kaki ke sini

Lokasinya hanya sekitar 5 minit sahaja daripada Pekan Sekinchan yang terletak dalam perjalanan daripada Kuala Selangor ke Sabak Bernam. 

Suasana cuti sekolah setelah PKP sekolah olah menggamit pengunjung.

Apabila keluar daripada kereta di tempat parking, ibu ternampak layang-layang di atas pasir. Kondisi layang-layang tersebut seolah-olah telah di buang semalam, daripada kesan pasir basah padanya. 

Alhamdulillah, kalau tidak terbang la RM nak melayan permintaan Uwais. 

Rasanya kenapa layang-layang tu dibuang adalah kerana ianya nampak tidak sembang. Maka, agak sukar menerbangkannya. Nasib kau la Uwais. 

Disember pula biasanye adalah musim tengkujuh. Qada' ALLAH menentukan kami berada di sini dalam cuaca mendung sehinggakan jam 12 tengahari pengunjung masih berkeliaran di pantai.

Hasil kutipan Uwais. Katanya nak letak dalam akaurium.

Ibu pula buat aktiviti melepap. 

Monday, December 13, 2021

Uwais sudah boleh memulakan langkah berjemaah - - - selepas lengkap vaksinasi

Covid-19 ini, menjadi bala musibah bagi segolongan manusia dan segolongan yang lain memperoleh laba dalam ujian.

Misi ibu mengajar anak lelaki mencintai solat berjemaah 5 waktu sehari semalam bermula pada usia 12 tahun.

Rasulullah saw suruh pukul anak pada usia 10 tahun jika tidak solat kerana sepatutnya ajaran dan latihan sudah dimulai sejak usia 7 tahun lagi. 

Latihan solat berjemaah Uwais telah bermula seawal usia 10 tahun juga secara on and off. Pada usia 12 tahun, sepatutnya anak lelaki sudah sesuai berjemaah secara total di masjid atau surau.
1. Anak sudah ada kesedaran bahawa tidak lama lagi mereka akan baligh.
2. Pada usia 12 tahun anak sudah boleh diharap untuk jaga diri sama ada secara berjalan kaki atau naik basikal. 
3. Bagi solat Isyak dan Subuh yang situasinya gelap, terdapat kerisauan terhadap keselamatan. Oleh itu, anak sudah cukup pantas bertindak untuk selamatkan diri sendiri, kalau apa2 berlaku. Na'uzubillahi minzalik...

Biasanya sebelum Covid-19 sewaktu bermain dengan kawan2, mereka akan terus ke surau sebaik sahaja mendengar laungan azan. Tetapi selepas PKP, situasi menjadi sepi. Masing2 hanya solat di rumah... termasuk lah mereka yang culas.

Apabila vaksin diperkenal kepada anak2 12 tahun ke atas. Ibu memang looking forward dengan harapan apabila complete 2nd dose, Uwais sudah mula boleh berjemaah. 

Malangnya, apabila Uwais ikut abangnya ke surau, dia ditegur AJK mengatakan kanak2 tidak dibenarkan solat di surau. Bila abangnya mengatakan bahawa Uwais sudah complete 14 hari lepas 2nd dose, AJK tersebut masih berkeras tidak membenarkan. 

Lama juga ibu ternanti-nanti sehinggalah sesi persekolahan dibuka. Lepas itu, ibu dapat no telefon Pengerusi Surau. Tanpa berlengah, ibu mesej inginkan kepastian. Akhirnya, Uwais dah dapat kebenaran berjemaah. Alhamdulillah. 

Bagaimana melatih anak2 ke surau? Sama seperti ketika melatih mereka untuk meninggalkan 'pampers', ibu kena bermain peranan... Inspirasi ibu adalah beberapa imam hadis contohnya Imam Bukhari dan Imam Ahmad bin Hanbal; yang mana ibu mereka adalah susuk tubuh yang menjadi tunggak kejayaan mereka menjadi insan cemerlang.