Tuesday, August 1, 2017

Raya Aidil Fitri 2017

Tahun ni beraya di Kuala Selangor.

Mana-mana pun beraya ibu dah tak kisah. Tak de macam sesetengah caouple yang dah tua-tua masih berperang nak balik kampung mana... daripada dulu pun memang macam tu.


Dah beberapa tahun beraya dengan samping dengan setanjak yang dibentuk seperti songkok. Depa pulak tak kisah pakai. Uwais especially, suka menonjolkan diri.

Aktiviti petang lepas zohor, beraya di Tanjung Karang, ziarah ke rumah mak saudara dan datuk saudara.

 Panas sungguh cuaca... pakai spek itam bukan nak mengebat haha

 2017 ni baju ibu k long yang jahit.  Memang ikut ukuran badan, sekali tray macam sarung nangka. Apa ke nama kalau pakai jubah tapi ketat.  Dibubuhnya dat depan dan belakang... hadoi. bila buka baru la sesuai untuk Mak Besah