Sunday, March 27, 2022

Hekeem Kembali ke UiTM, Hantar Sebahagian Barang Menggunakan Khidmat JnT

Mungkin ibu tak macam parents lain yang jenis hantar dan ambik anak dari kolej tiap semester.

Perbelanjaan untuk satu perjalanan boleh tahan juga besarnya, itu tak termasuk masa dan tenaga.
1. NGV (Ara Damansara ▶️ Ayer Keroh ▶️ JB + JB ▶️ Ayer Keroh ▶️ Seremban 2)
2. Toll
3. Satu malam penginapan

Strategi: Pack barang, sebahagian bawa naik bas, sebahagian hantar menggunakan JnT.

Daftar Sabtu. Courier JnT petang Jumaat tu. Kosnya tak sampai RM50 pun. Hakeem naik bas malam Sabtu. Sabtu pagi sebelum subuh Hakeem dah naik grab ke UiTM sampai kena marah dengan guard sebab masuk sebelum waktu daftar. Ibu pesan solat subuh di stesyen bas, Hakeem kata surau macam berkunci. Lagi pun lebih selesa solat di surau UiTM.

Barang JnT sampai pada hari Ahad. Alhamdulillah, menjadi la perancangan kami. Cuma tengah fikir strategi balik ke KL semula nanti macam mana pula...

1. Beli tiket online, naik di TBS pada jam 11pm sebab Hakeem kata bas dari terminal KL Sentral tak ada yang lewat malam. Tertera di tiket 11pm, kenyataannya naik bas 1am. Tak pe la, sampai awal, daftar awal boleh qadha tidur lepas tu.
2. Lepas maghrib, kami keluar rumah dan dinner di luar. Sekali sekala.

Lepak di kedai makan Sungai Buloh. Meriah jugak la makan. 

En Rosman dan Hakeem.

Keluar lepas maghrib, makan, isi NGV sampai TBS lagi 20 minit sebelum 11pm. Agak gelabah juga sebab Hakeem belum solat isyak dan kami belum familiar tentang lokasi dalam terminal.

Hakeem hantar gambar parcel dah terima. Parcel dia yang ada salotape kuning. 

Wednesday, March 9, 2022

Sesi segar badan lepas keluar Hospital @ Bagan Lalang

En Rosman mengadu badan lesu lepas kena Covid-19. Memang nampak pun dia lemah saja lepas keluar hospital.

Gerak 5.30am dari Kota Damansara. Singgah RnR Dengkel untuk solat subuh. Sarapan di Sungai Pelek, sampai je air dah surut. Tengok bulan Islam 7 Syaaban, air pasang mati, kata En Rosman. 

Sempat la berendam sebelum air betul2 surut. Ibu memang tak rancang pun nak mandi dari awal lagi. 

Kata pepatah Melayu "sekali air bah, sekali pantai berubah"... Kenyataannya dalam tempoh 20 tahun sejak ibu mula diperkenalkan dengan pantai ni, hakisan pantai semakin teruk. Kalau dulu, rumput tumbuh sampai ke pantai, sekarang dah tak ada lagi. Wakaf-wakaf semua dah tak wujud hinggakan tempat untuk letak khemah pun sangat terhad. Bilangan pokok ru pun semakin berkurang hingga hampir tiada tempat berteduh. 

Tebing batu penghalang ombak banyak yang dah pecah. Sebenarnya tebing tu 20 tahun dulu masa ibu mula2 berkhemah di situ (Hakeem pun masih belum lahir) memang masih belum ada. Kiranya belum  lama sangat usianya, tapi ikhtiar manusia tak mungkin dapat mengatasi kehendak ALLAH swt. 

Ini kisah 2014 yang ibu sempat post pada Jan 2015. Memang ketara sangat Perbezaan 2022 dengan 2014... Hanya sekitar 8 tahun sahaja. 

Ini link kisah Bagan Lalang pada 2014... memang ketara perbezannya:

Ibu lepak di gerai makan yang belum dibuka untuk ulangkaji. 

Lepas mandi, buat aktiviti membuat taik mata. Uwais merajuk tunggu air tak pasang-pasang. Ibu kata, dah pasang-surut ni semua kerja ALLAH swt, tunggu je la. 

Hakeem, as usual, di mana saja dia boleh lelap. 

En Rosman memang baring je lepas keluar daripada laut. Biar la dia berjemur lepas berkurung dalam wad. 

Tuesday, March 8, 2022

Pengalaman kena jangkitan Covid-19 pada 2022

Mula-mula Hakeem demam. Bila test negatif. Selang beberapa hari K Ngah pula demam teruk, dua hari lepas suntikan booster. 

Lepas tu ibu dan Uwais. Bila test Uwais negatif. Hari yang sama Mak Esah dan Pak Hashim pula positif. Ibu ingat cukup la Uwais sebagai wakil sebab ibu malas nak test walaupun demam dan sakit kepala teruk. Sekali kena marah dengan adik2, barulah ibu test pada petangnya. Rupanya positif. Lepas tu baru la K Ngah pula test, ternyata positif. 

Maka, kami kuarantin je kat rumah. Tak ada istilah kuarantin dalam rumah ni, 6 orang dalam rumah yang sempit ni pastilah akan berselisih bahu. Yang pasti MySejahtera Merah, kami yang positif tak keluar rumah. Tengok kepada laporan kes Covid-19 setiap hari, sebenarnya semua orang sedang menunggu giliran sahaja untuk kena. Ibu tidur sebilik dengan En Rosman macam biasa, maka tak lama kemudian dia pun positif. 

Kalau ikut batuk, ibu rasa tak teruk cuma dada rasa sakit. Terasa risau kut2 nampak macam OK tapi sebenarnya Oksigen rendah. Suruh K Long beli Oximeter. 

Bila test, bacaan Oksigen ibu 95 tapi bacaan Oksigen En Rosman bawah 90. Dia nampak tenang, batuk tak teruk. Demam pun sikit2 sahaja. 

Suruh K Long telefon 999. Senang pula dapat. Kami bagi penerangan tentang bacaan Oksigen En Rosman. Setelah mereka buat sedikit interview, En Rosman disuruh bawa sendiri ke hospital. 

Sampai di unit kecemasan, bacaan memang tak cantik. 

Pegawai perubatan bila tengok je bacaan kat mesin tu, terus tolak wheel chair. 

Ni masa di wad pemerhatian. Esoknya dimasukkan ke Wad. 

9 hari berada Hospital Sungai Buloh sebagai pesakit Covid-19 Stage 4, macam-macam ujian in doktor buat. 

Tapi sempat juga 2 kali En Rosman suruh kami hantar sambal bilis ke hospital sebab katanya makanan sana rasa plain sangat. 
Lengan nampak lisut sebab doctor flush air keluar dari badan (kes buah pinggang). 

Bila keluar, banyak lebam kesan rawatan... macam baru balik pusat tahanan.