Sunday, March 27, 2022

Hekeem Kembali ke UiTM, Hantar Sebahagian Barang Menggunakan Khidmat JnT

Mungkin ibu tak macam parents lain yang jenis hantar dan ambik anak dari kolej tiap semester.

Perbelanjaan untuk satu perjalanan boleh tahan juga besarnya, itu tak termasuk masa dan tenaga.
1. NGV (Ara Damansara ▶️ Ayer Keroh ▶️ JB + JB ▶️ Ayer Keroh ▶️ Seremban 2)
2. Toll
3. Satu malam penginapan

Strategi: Pack barang, sebahagian bawa naik bas, sebahagian hantar menggunakan JnT.

Daftar Sabtu. Courier JnT petang Jumaat tu. Kosnya tak sampai RM50 pun. Hakeem naik bas malam Sabtu. Sabtu pagi sebelum subuh Hakeem dah naik grab ke UiTM sampai kena marah dengan guard sebab masuk sebelum waktu daftar. Ibu pesan solat subuh di stesyen bas, Hakeem kata surau macam berkunci. Lagi pun lebih selesa solat di surau UiTM.

Barang JnT sampai pada hari Ahad. Alhamdulillah, menjadi la perancangan kami. Cuma tengah fikir strategi balik ke KL semula nanti macam mana pula...

1. Beli tiket online, naik di TBS pada jam 11pm sebab Hakeem kata bas dari terminal KL Sentral tak ada yang lewat malam. Tertera di tiket 11pm, kenyataannya naik bas 1am. Tak pe la, sampai awal, daftar awal boleh qadha tidur lepas tu.
2. Lepas maghrib, kami keluar rumah dan dinner di luar. Sekali sekala.

Lepak di kedai makan Sungai Buloh. Meriah jugak la makan. 

En Rosman dan Hakeem.

Keluar lepas maghrib, makan, isi NGV sampai TBS lagi 20 minit sebelum 11pm. Agak gelabah juga sebab Hakeem belum solat isyak dan kami belum familiar tentang lokasi dalam terminal.

Hakeem hantar gambar parcel dah terima. Parcel dia yang ada salotape kuning. 

No comments:

Post a Comment