Saturday, August 18, 2018

Abadi kenangan bersama ibu dan bapa sedara

Pertama kali menghadiri kenduri di Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam... tempat permainan masa zaman student.  Last ke sini konon nak berbasikal akhirnya separuh jalan patah balik. Sakit bontot.

Mengadiri majlis saudara ni seronoknya dapat bertanya khabar dengan mak dan bapa sedara. Sesekali berjumpa dan bergelak ketawa terasa jalinan darah dari satu keturunan yang mengalir dalam urat nadi ini... syukur dengan anugerah petalian yang akrab ini. Cuma perlukan sedikit peruntukan masa sahaja untuk sebuah hubungan  silaturrahim.

Pak Lang and Cbu... keturunan belah Mak Esah dan Pak Lang Hashim memang direzekikan Allah dengan anak-anak perempuan yang ramai...

Hanya mak tam sahaja yang nak bergambar, pak tam memang mengelak langsung daripada camera. Pak su dari awal tak berkesempatan bertemu. Kata chu dia jumpa geng rokok... tak ingat dunia la tu, merokok sakan. Lupa dah masalah jantung tersumbat.

Lelaki menjadi species terancam. Uwais dan Danial...

 Tamm dan famili. Dah nak gerak balik...

Keputusan tepat bila ucu decided untuk bertukar kepada Alza. Banyak jasanya...

Qistina hanya tinggal pampers, puting pun dah kat mulut. Mengantuk sangat tapi masih sempat senyum...