Monday, November 12, 2018

Menghadiri Konvensyen "LGBT...Ke mana Arah Kita?" Bersama 2 Bujang

Apabila anak makin membesar, aktiviti meluang masa bersama telah bertukar. Kali ini berkesempatan meneladani majlis ilmu... menjelang akhir tahun, terdapat banyak konvensyen, seminar, bedah buku dll diadakan terutamanya di sekitar Lembah Kelang.

Tepuk dada tanya fikrah mana yang jadi ikutan... sebab daripadanya terdapat pengisian berbeza berserta kumpulan dan pandangan berbeza.

Rezki kali ini ... berikutan tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan, situasi telah berubah... isu semasa bertambah secara mendadak.  Keterbukaan pihak kerajaan membuatkan pengisian berbentuk ilmiah menjadi satu keperluan. Maka ibu ambil keputusan mendalami isu-isu semasa sebagai seorang intelek berbanding mengikut nafsu dan emosi minda ibu yang terbatas.


Tajuk mencabar... kehadiran peserta nampaknya adalah terdiri dapada peringkat remaja hingga dewasa. 

Memandangkan tajuk ini jarang diperkata secara terbuka, kali ini pengisian merangkumi pendedahan terperinci daripada sudut sosial serta sudut agama berserta dalil-dalil yang menjadi tunjang kukuhnya hujjah.

Secara amnya kehadiran Uwais hanya sebagai mengisi masa lapang. Terlalu muda... menjelang petang, keletihan.

 Bila acara selesai, masing-masing nak bergambar.

Anak-anak ibu suka berbaju melayu dengan jeans, track bottom... stylo katanya. Kalau pakai sepasang, macam hari raya pulak.

Gambar kenangan... semoga Allah masih beri kesempatan ibu untuk menghadiri lagi konvensyen ilmu sunnah pada tahun-tahun mendatang.

Nasib baik tak terkantoi tengah tido... ye Luqman Hakeem.