Monday, September 19, 2022

Berakhirnya Hayat Innova WUA9649

Setiap yang namanya makhluk akan ada penamatnya. Kalau ikut tempoh pinjaman, loan tamat 2023 tapi ibu settlekan awal tapi tak la dijangka perkara seburuk ini akan berlaku.

Gambar diambil pada malam kejadian. Saat sambutan Aidil Adha dan tarikh sembelihan korban masih berkuat kuasa...

Masa kejadian En Rosman bersama sahabatnya, Man Sabak. Masa dia masuk ke rumah adalah menjelang subuh. Dia kata,
"Innova accident. Mungkin total loss". 
Tapi ibu nampak condition En Rosman dengan kawannya dalam keadaan baik, tak ada sebarang luka. Macam tak percaya pula sehinggalah dia tunjuk gambar. Masya-Allah...

Gambar di workshop. 

Masa tengok live keadaan Sang Innova, syahdu rasa hati. Banyak jasa dia pada keluarga Pak Rosman.

Kena serah semua dokumen kepada insurans untuk dapatkan cash setelah didapati kos baiki lebih tinggi atau "beyond economic repair".

Nama pada geran masih nama bank. Memandangkan tak tukar lagi, kenalah ibu ke Padang Jawa untuk cop "DIBATALKAN" walapun bagi statement bank loan payoff, pihak insurans masih perlukan cop tu. 

Kalau ikut staf bertugas RM akan dimasukkan ke akaun ibu dalam tempoh sebulan atau mungkin awal sedikit. So, tunggu je la...

Sunday, September 18, 2022

Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Bertuah anak-anak silat tahun ni ada pertandingan Peringkat Kebangsaan walaupun dari segi persediaanya sangat minimum sebab lepas PKP, kelas silat baru bermula pada bulan Jun.

Kali ni pertandingan ni bukan silat olahraga atau seni. Ia adalah pertandingan persembahan pelajaran gayong yang dilakukan secara ganda.

Tak banyak gambar yang diambil sebab hari pertama pertandingan ibu dah demam teruk, hari kedua lebih teruk lagi.

Team remaja daripada SMAKL.

Hari kedua ni ibu dah memang dah tak larat langsung. Bila rasa tak sihat, telan panadol. Berjasa juga tikar oren KOOP-NSTP, senang parents nak cari port PANDAWA 5.

Satu-satunya pingat yang dimenangi. Alhamdulillah penguat semangat. 

Bagi anak-anak lain, terus lakukan yang terbaik.

Uwais diuji Allah swt apabila tulang bahu patah... akibat salah landing masa buat lompatan

Apabila bersama ramai teman, semangat nak menunjukkan kebolehan membuak-buak.

Suasana baru lepas hujan. Buat pula di tengah padang berumput. Risiko kemalangan memang tak dapat dielakkan.

Tengok seluar pun tahu padang lecak dan berselut. Mula-mula jatuh tu belum menangis lagi tapi tak lama lama lepas tu, tak tahan juga... Hilang sudah macho.

Sebenarnya ibu lebih risau kalau anak-anak silat lain yang kena. Biarlah jadi pada anak cikgu, boleh juga jadi pengajaran pada murid lain.

Lepas habis solat maghrib baru ibu dan Uwais gerak ke Hospital Sg Buloh. En Rosman ibu rehatkan sebab dia nampak sangat keletihan mengurus persiapan anak-anak menjelang event 3 hb September dan pertandingan pada 9-10 hb September 2022.

Inilah keputusan x-ray Uwais. Masa minta doktor nak ambil gambar, doktor tanya nak letak di medsos ke. Ibu kata... nak tunjuk pada ayah dia apa dah jadi pada hero bongsu sorang ni.

Doktor tanya, "Macamana boleh jadi macam tu?"
"Buat lompatan anak kambing."
"Berapa ekor anak kambing?"
"4 ekor."
"La... doktor ingat 15 ekor."

Doktor kata sepatutnya cepat baik sebab dia masih muda cuma perlu sentiasa pakai anduh selama 2 minggu. Akhirnya MC selama 39 hari. 

Bila bagi tau yang dia tak boleh sertai pertandingan minggu depan, menangis lagi... begitulah qadha Allah hendaknya.

Monday, September 5, 2022

Gayong Seirama...

Tarikh perhimpunan: 3 Sep 2022
Lokasi: Padang @ Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.
Jam: 2pm - 6pm

Sebahagian team PANDAWA 5 yang menyertai perhimpuan ini.

Ini gambar bersama Ustaz Tirmizi SMAKL dan orang besar Gayong.

Team anak-anak dara SMAKL. Parents masing-masing dok bertanya mana gambar anak-anak mereka yang perempuan.  

Warna cantik... suasana mendung... bergaya sakan.

Berlagak hensom jejaka SMAKL yang jadi team pengiring VIP.

Ramai-ramai macam ni kalau buat poster barulah nampak muka.

Wah... ini baru nampak semua peserta.

Nak kenal team PANDAWA 5... lencana Gayong Cg Rosman design bentuk bulat.

Pertunjukkan diadakan secara beramai-ramai. Anak-anak semangat melakukan aksi.

Sedang menuggu arahan.

Begitulah sebahagian aktiviti pelajar PANDAWA 5 untuk tahun 2022 di bawah kelolaan Cg Rosman.