Monday, November 25, 2013

Rawatan akar atau 'root canal treatment' - satu pengalaman

Mungkin ibu adalah salah sorang yang tak bernasib baik dalam procedure root canal treatment.  Walau macam mana canggih pun rawatan... pasti ada error.

Untuk menyelamatkan sebatang geraham bagi mengelakkan daripada dicabut atau bahasa mudah mengurangkan bilangan gigi yang ada, doktor menyarankan rawatan akar. Kos rawatan RM600. Ibu dah cakap kat doktor yang gigi tersebut akan mereput, logik akal apabila sel/ saluran darah dah diberhentikan. So, doktor kata lepas rawatan boleh buat 'crown'.

Selepas enam bulan rawatan yang mengambil masa hampir 2 jam, gigi ibu mula berdenyut. Biasa la ibu ni selagi boleh bertahan, tahan je. Akhirnya apabila genap setahun. Tahap kesakitan meningkat. Terpaksa pergi mengadap doktor apabila nak kunyah makanan langsung dah tak boleh akibat sakit. Bila nak tidur malam... berdenyut-denyut.

Sebelum rawatan, doktor ambik x-ray. Menurut kata doktor rawatan akar yang ibu jalani tak success. Ibu dikategorikan sebagai 'tidak bernasib baik'. Terdapat ruang kosong di antara tunggul gigi yang sepatutnya adalah 'tulang' - mungkin doktor nak simplified word untuk orang marhaen macam ibu kut. Kata doktor tulang tu dissolve akibat masalah gusi. Kata doktor, sakit itu dialami sepatutnya lebih awal daripada 6 bulan.

Ilustrasi gambar based on gambar x-ray yang diambil doktor (ibu tak ingat nak ambik gambar kat monitor).

Ada dua option untuk atasi masalah ni:
1. cabut
2. tambah tulang pada ruang kosong.





Maleh nak fikir-fikir... ibu decide untuk cabut. Lepas ni kena pakai gigi palsu la plak. Kos gigi palsu:
1. Tapak - RM100
2. Gigi - RM30 sebatang

Doktor tak advise buat crown sebab geraham bongsu ibu senget. Kalau tak buat gigi palsu, gigi atas akan mula turun ke bawah. Akan berlaku ketidakseimbangan. Untuk jangka masa panjang... terpaksa cabut pula gigi atas sebab ruang bawah dah menyempit, jika nak buat gigi palsu. So apabila gusi ni dah mengecut... kena la buat

Homestay di Langkawi

Memang ibu dah beli tiket Air Asia untuk ke ke Langkawi daripada Januari tapi sehingga last minute masih tak buat sebarang tempahan tempat tinggal. Hanya seminggu sebelum ke sana ibu dan En Rosman buat pencarian di Internet. Ibu lebih memilih tinggal di homestay berbanding apartment atau hotel sebab:
1. murah
2. kemudahan mesin basuh & penyidai
3. selimut dan bantal mencukupi
4. tak mahu naik lif
5. ada air-cond sama macam hotel/ apartment

Google je, memang bersepah-sepat tempat penginapan yang disediakan kepada pengunjung.  Mungkin yang dekat pekan Kuah lebih mahal banding yang agak jauh... tapi based on experience... kita memang akan mengunjungi jalan-jalan sekitar pulau ini. Melainkan datang hanya untuk shopping... memang akan lepak di kawasan bandar je la. Sebenarknya kalau dikatakan 10km daripada pekan Kuah, tak de mana jauhnya. Lain la kalau kat KL, jem. Kat sini jalan lapang... so jarak tak jadi masalah. Jalan-jalan pusing pulau (termasuk sesat), RM yang keluar untuk minyak adalah sekitar RM60 selama 3 hari... hari terakhir, kereta dihantar di air-port instead of Jeti Kuah.

Kami tinggal di Homestay Temin. Boleh disewa oleh 8 orang dewasa. RM160 semalam... Pada ibu, sangat berpatutan. Lagi satu, kat pulau tak de masalah nak dapatkan bekalan nasi dipagi hari... Kami pun sarapan heavy sebab... nak tunggu lunch entah bila.

 Ni ada no tel En Azizan... kalau homestay dia penuh, dia akan recommend rumah kawan dia...

Terdapat 2 ruanga tamu 

Bilik tidur 1

 Bilik tidur 2. Dua bilik ada air-cond... bilik ke-3 pakai kipas (gambar tidak disertakan). 

Sunday, November 24, 2013

Island Hopping... Kalau bukan Langkawi, mana lagi

Hari ke-tiga... hari terakhir di Langkawi.  Mujur flight malam, kami dapat melalui hari ni dengan tenang.  Janji pukul 9 untuk ke pulau, kelewatan sebab 'miscommunication' dengan pemilik bot. Dah la sesat pulak cari lokasi akhirnya jam 11 baru dapat naik bot. 

Bot kami boleh dinaiki seramai sepuluh orang.  Kalau yang pergi berkumpulan boleh tong-tong, jimat banyak. RM yang dikenakan adalah RM250 untuk 3 pulau sekitar 4 jam masa diambil.  Kalau nak lama atau nak minta tawar, rasanya boleh je negotiate dengan pemilik.  Bagi foreigners, harga memang kaw-kaw mahal. Kalau tengok brochure, telan air liur la...

3 pulau yang kami pergi ialah:
a. Pulau Dayang Bunting - mendaki dan mandi-manda di Tasik Dayang Bunting. Tak boleh lepaskan peluang ini terutamanya kaki berendam a.k.a berkubang.
b. Pulau Singa Besar - Eagle feeding
c. Pulau Beras Basah - Mandi manda




 


Saturday, November 23, 2013

Pemandangan cantik menaiki SkyCap, Langkawi

Subhanallah... memang menakjubkan. Kalau datang ke Langkawi kira wajib la naik SkyCab terutamanya yang datang buat kali pertama.  Lain la kalau datang dengan niat nak shopping. Bershopping sakan la masing2...

Terdapat 2 perhentian sepanjang menaiki SkyCab. Pengunjung boleh ambil seberapa banyak masa untuk berhenti diperhentian bagi tujuan menikmati pemandangan dan bergambar. Kalau pagi cuaca rasanya lebih segar berbanding tengahari masa ibu sampai.  Mak aii... peritnya. Di perhentian kedua terasa sejuknya bayu disebabkan ketinggiannya. Malagnya Sky Bridge ditutup untuk tujuan pembaikan... Tak de rezeki.



 




Friday, November 22, 2013

SkyCab Langkawi... sabar menunggu giliran

Agenda hari ke-2 adalah menaiki kereta cable... Mula-mula kami gerak ke makam Mahsuri. Tengok2 rupanya nak masuk ke dalam kena bayar. Disebab takut kelewatan, kami sedekah Fatihah aje sebab kalau masuk nanti lama pulak.

Terus kami ke lokasi cable car... kedudukan lokasi SkyCab adalah di utara Langkawi... Nampak jauh, tapi Langkawi tidak la sebesar mana... sebenarnya dekat.  Tapi kalau kat KL, nampak dekat tapi tak sampai2, jem punya hal.  Nak sampai ke sana... pemandangan tepi lautnya sangat cantik. Pantai orang2 kaya dengan yatch yang diparking di dermaga... Pantai Kok

A adalah lokasi SkyCab

Tiket dewasa RM30, kanak2 RM20. Kalau bagi MyCard dapat separuh harga... Walaupun 3 IC terlupa bawak, staf kat situ bagi jugak harga diskaun. Alhamdulillah.

Beratur boleh tahan punya lama. Kalau nak tiket 'loncat', tambah aje RM50 pada setiap tiket. Foreigners mampu la... Orang kaya kat Malaysia, pi melancong luar Negara... adat dunia.

 Sempar bergambar lepas beli tiket... kami kena tahan dulu sebab ikut badge


 
Muka hepi je

Ingatkan ikut badge, kat atas lengang. Rupanya kat atas kena beratur lagi... siap ada timing mengikut jarak lingkaran. Dekat sejam jugak la

Satu cable car naik 6 orang. Susunan mengikut nombor dah disediakan. Sebenarnya cable car ambil penumpang dengan pantas dan tanpa 'gap'... cuma yang melambatkannya ialah tahap keramaian orang pada waktu tersebut


Gambar Pantai Kok yang diambil selepas balik daripada menaiki SkyCab 

 Cantik pemandangan... Subhanallah

 

Pantai Cenang, Langkawi.... sukarnya nak 'tembus'

Petang hari pertama lepas check-in di homestay... Uwais kata nak mandi laut.  Lokasi terdekat kalau mengikut map ialah Pantai Cenang.

Menyusuri sepanjang Jalan Patai Cenang kami tak menjumpai sebarang tempat meletak kereta. Sepanjang jalan tersebut dipenuhi dengan deretan chalet sehingga lot parking yang disediakan adalah untuk penginap chalet tersebut sahaja.  Akhirnya kami menjumpai satu lorong ke dalam di sebelah Waterworld Langkawi.... Rupanya jalan tersebut menuju ke Restoran The Cliff iaitu restoran di penghujung pantai.  Haripun dah melunjur ke senja... kebetulan ada kereta keluar.  Kami cepat-cepat letak kenderaan dan berjalan menuju ke pantai.

 Kat hujung tu adalah restoran The Cliff... memang kat penghujung pantai

 Panorama indah ni diserikan lagi dengan 'para-gliding'

Cantik pemandangan matahari terbenam...  

 Mengekori penerbangan 'para-gliding' meluncur angin
 
K Ngah dan K Long ambik kesempatan bergambar.  Uwais dan Hakeem langsung tak Nampak muka

Perjalanan ke Langkawi... penuh onak duri

Ibu dapat beli tiket Air Asia ke Langkawi. Tapi almaklum konon nak murah... promosi hanya dapat pada tiket balik. Hari Selasa pulak tu. So, ibu plan nak pergi Langkawi menaiki bas dari KL dan naik feri ke sana. Biasa la kita merancang tapi ALLAH adalah penentu. 

Kebetulan En Rosman ada event di USM sampai Sabtu... so kami kena pi Langkawi hari Ahad. Memandangkan hotel hanya sampai Sabtu, malam Ahad kami pi lepak rumah Pak Hashim di Taiping. Terima kasih pada saudara Rizal sebab tolong bawak balik Unser ke KL.

Dari Taiping ke Butterworth ambik masa satu jam. 8.30am kami dah sampai stesyen bas Butterworth.

 Pukul 7 dah sampai stesyen bas Kamunting


Atas bas ekspress ke Butterworth

 Beli tiket ke Kula Perlis terus. Dapat tiket pukul 9am.  Kebetulan hari Ahad tu ada Penang Bridge Marthon. Bas ke Kuala Perlis pulak datang dari pulau. So... tunggu punya tunggu. Lepas 2 jam baru bas sampai.  Graf mood masing-masing dah negatif.

Atas bas ke Kangar... dapat tempat duduk paling belakang. Ada seat kosong sebab ramai penumpang tukar tiket... give-up kut basnya tak sampai-sampai

Uwais dapat tempat duduk sorang. Tidur nyenyak...

Ni seat dalam feri... agak sempit dan kurang selesa. Nasib baik sejam lebih je 

Sampai Kuala Perlis dapat feri pukul 2.45pm.  Feri ambik masa lebih satu jam. Dah nak petang la baru kai sampai ke pulau.

Akhirnya... Langkawi kami datang...

Kereta sewa memang melambak menunggu. Harga memang lebih murah daripada di semenanjung.  Kalau tak de kereta memang payah nak gerak.  Kereta Nissan Sentra dapat harga RM80 sehari. Kalau Waja RM70. Dah biasa dengan NGV terasa jugak mahalnya minyak. RM10 tak sampai 30 km.  Yang peliknya setiap kali buka tangki minyak terasa minyak meruap. Walaupun jarang isi minya kat semenanjung, pengalaman minyak meruap tu tak de pula.  Kualiti tak sama ke???

Pengalaman naik bas ekspress KL ke Sungai Nibong, Pulau Pinang

Bila En Rosman ada event di USM daripada Khamis hingga Sabtu, kami kena buat perancangan supaya semua hadir ke event tersebut. Bila apply cuti... tak diluluskan pulak sebab tak de orang nak jaga unit kat office ibu. Kalau ada apa-apa request, tak de sapa nak harap. So, cuti ibu hanya bermula pada hari Jumaat. En Rosman dengan anak-anak gerak ke Penang dulu... so ibu kena kaik bas.

Dah lama tak naik bas daripada Puduraya. Lepas office hour, ibu gerak ke KL. Asalnya nak cari pelampung tangan untuk Uwais kat Maideen... tak de stock pulak.

Terus gerak ke Puduraya. Kebetulan ibu tak solat... plan nak sampai awal ke Penang.

Masa sampai je di Pudu  ... ada bebarapa staf penjual tiket berkeliaran di platform. Memandangkan ibu nak terus ke Sungai Nibong, kena cari bas pi Penang. So tanya aje pada penjual tiket yang berkeliaran tu. Kalau Butterworth... En Rosman nak kena lintas jambatan pulak. Toll lagi.

Dapat tiket kul 7.20pm. Staff tu kata jalan sekarang. Kelam kabut ibu pi platform cari bas. Tunggu punya tunggu 8.30pm baru gerak. Ingat terus ke Penang rupanya ambik penumpang kat stesyen hoki Jln Duta pulak. Mak aiii...

Bas berhenti lama jugak. Lepas jalan, ingatkan direct ke Penang tapi rupanya berhenti di stesyen bas Ipoh untuk hantar penumpang. Hai memang subuh la kut baru sampai.  Udahnya ibu tertidur. Sedar-sedar pemandu bas cakap Sungai Nibong... Sungai Nibong. Tengok jam baru 1.20am. Sah kena tukar bas la pulak kut.

Turun bawah ibu tanya sini kat mana ni. Sungai Nibong la. Rupanya dah sampai. Habis tu yang atas bas lain-lain tu pi mana? Yang tu pi Butterworth... Oooo baru la paham perjalanannya. Masuk Penang dulu baru keluar balik ke Butterworth.

En Rosman pesan setengah jam nak sampai telefon... Tak de maknanya kalau dah membuta.

Tiket bas. RM39 dari KL ke Penang. Ibu percaya yang bas ni pakai NGV. Tapi tambang ikut rate petrol.

 Selesa jugak bas sebab seat besar. Lagipun perjalanan jauh.

Thursday, November 21, 2013

Sekitar SPACE Festival USM 2013

Tanggal 14-16 Nov 2013, pihak Muzium USM telah menjemput AKADEMI PUSAKA untuk menganjurkan pemeran yang menjelaskan teknologi menempa besi yang digunakan pada ratusan tahun dahulu.


 
 Susunan barang pameran. Keris bersama bahan rujukan yang digunakan
 
Sebahagian keris milik En Rosman yang dipertontonkan kepada khalayak ramai
 
 
Sebahagian pelawat yang datang pada hari pertama
 
Menjadi sesuatu yang amat mengkagumkan ibu ialah minat yang ditonjolkan anak-anak muda di kalangan pelajar universiti dalam mendalami ilmu yang seolah-olah ditenggelamkan dengan persepsi negatif.  Bukan mudah memadamkan persepsi terhadap keris kerana ciri-ciri mistiknya... sehingga mereka lupa tentang teknologi yang terkandung di dalamnya. Inilah kelebihan ilmu bangsa Melayu nusantara yang tidak ada pada bangsa lain. Kebolehan berteknologi ini seharusnya dibanggakan.
 
Pada kunjungan AKADEMI PUSAKA kali ini, penerapan ilmu adalah terhadap teknologi pembuatan keris serta kandungan logam yang terdapat di dalam sebilah keris ... sesuai dengan tajuk festival.
 
Tajuk perbentangan yang disampaikan tuan Tanpa Nama

Aksi tuan Tanpa Nama... begitu bersemangat dalam penyampaiannnya
 

Thursday, November 14, 2013

Minum petang di Restoran Hussin Sup, Setapak

Dah jam tiga petang baru terpikir nak makan sup... so kami pun terjah dari Kota Damansara ke Setapak. Sup mamak ni yang bestnya rempah yang banyak. Di samping rasa yang enak, sup ni mengenyangkan. Sampai dah pukul empat lebih tapi orang masih ramai.

Ini tak tau set ke berapa. Satu set iaitu 2 popia basah harganya RM1. Tak tau la harga lepas gula diberhentikan subsidi... huhu. K Ngah aje pekena empat set sorang. Tapi tak mengaku pulak tu...

Ibu paling suka sup urat. RM7 semangkuk. Biasanya habis satu round, ibu akan mintak tambah kuah. Tak cukup sebab ibu ni hantu kuah

 Yang ni favourite En Rosman. Sup kambing. Semangkuk RM11.

 Minum petang... so makan dengan roti la
 
Popia kosong je untuk Uwais. Kalau ada mayonis ke OK jugak... 

Memang best kalau bab-bab makan ni