Monday, November 25, 2013

Rawatan akar atau 'root canal treatment' - satu pengalaman

Mungkin ibu adalah salah sorang yang tak bernasib baik dalam procedure root canal treatment.  Walau macam mana canggih pun rawatan... pasti ada error.

Untuk menyelamatkan sebatang geraham bagi mengelakkan daripada dicabut atau bahasa mudah mengurangkan bilangan gigi yang ada, doktor menyarankan rawatan akar. Kos rawatan RM600. Ibu dah cakap kat doktor yang gigi tersebut akan mereput, logik akal apabila sel/ saluran darah dah diberhentikan. So, doktor kata lepas rawatan boleh buat 'crown'.

Selepas enam bulan rawatan yang mengambil masa hampir 2 jam, gigi ibu mula berdenyut. Biasa la ibu ni selagi boleh bertahan, tahan je. Akhirnya apabila genap setahun. Tahap kesakitan meningkat. Terpaksa pergi mengadap doktor apabila nak kunyah makanan langsung dah tak boleh akibat sakit. Bila nak tidur malam... berdenyut-denyut.

Sebelum rawatan, doktor ambik x-ray. Menurut kata doktor rawatan akar yang ibu jalani tak success. Ibu dikategorikan sebagai 'tidak bernasib baik'. Terdapat ruang kosong di antara tunggul gigi yang sepatutnya adalah 'tulang' - mungkin doktor nak simplified word untuk orang marhaen macam ibu kut. Kata doktor tulang tu dissolve akibat masalah gusi. Kata doktor, sakit itu dialami sepatutnya lebih awal daripada 6 bulan.

Ilustrasi gambar based on gambar x-ray yang diambil doktor (ibu tak ingat nak ambik gambar kat monitor).

Ada dua option untuk atasi masalah ni:
1. cabut
2. tambah tulang pada ruang kosong.





Maleh nak fikir-fikir... ibu decide untuk cabut. Lepas ni kena pakai gigi palsu la plak. Kos gigi palsu:
1. Tapak - RM100
2. Gigi - RM30 sebatang

Doktor tak advise buat crown sebab geraham bongsu ibu senget. Kalau tak buat gigi palsu, gigi atas akan mula turun ke bawah. Akan berlaku ketidakseimbangan. Untuk jangka masa panjang... terpaksa cabut pula gigi atas sebab ruang bawah dah menyempit, jika nak buat gigi palsu. So apabila gusi ni dah mengecut... kena la buat

2 comments:

  1. owh.. tak pernah buat rawatan ni

    ReplyDelete
  2. Hanya kalau ada keperluan... dok akan suggest. Biasanya nak selamatkan gigi

    ReplyDelete