Friday, November 22, 2013

SkyCab Langkawi... sabar menunggu giliran

Agenda hari ke-2 adalah menaiki kereta cable... Mula-mula kami gerak ke makam Mahsuri. Tengok2 rupanya nak masuk ke dalam kena bayar. Disebab takut kelewatan, kami sedekah Fatihah aje sebab kalau masuk nanti lama pulak.

Terus kami ke lokasi cable car... kedudukan lokasi SkyCab adalah di utara Langkawi... Nampak jauh, tapi Langkawi tidak la sebesar mana... sebenarnya dekat.  Tapi kalau kat KL, nampak dekat tapi tak sampai2, jem punya hal.  Nak sampai ke sana... pemandangan tepi lautnya sangat cantik. Pantai orang2 kaya dengan yatch yang diparking di dermaga... Pantai Kok

A adalah lokasi SkyCab

Tiket dewasa RM30, kanak2 RM20. Kalau bagi MyCard dapat separuh harga... Walaupun 3 IC terlupa bawak, staf kat situ bagi jugak harga diskaun. Alhamdulillah.

Beratur boleh tahan punya lama. Kalau nak tiket 'loncat', tambah aje RM50 pada setiap tiket. Foreigners mampu la... Orang kaya kat Malaysia, pi melancong luar Negara... adat dunia.

 Sempar bergambar lepas beli tiket... kami kena tahan dulu sebab ikut badge


 
Muka hepi je

Ingatkan ikut badge, kat atas lengang. Rupanya kat atas kena beratur lagi... siap ada timing mengikut jarak lingkaran. Dekat sejam jugak la

Satu cable car naik 6 orang. Susunan mengikut nombor dah disediakan. Sebenarnya cable car ambil penumpang dengan pantas dan tanpa 'gap'... cuma yang melambatkannya ialah tahap keramaian orang pada waktu tersebut


Gambar Pantai Kok yang diambil selepas balik daripada menaiki SkyCab 

 Cantik pemandangan... Subhanallah

 

No comments:

Post a Comment