Friday, November 22, 2013

Pengalaman naik bas ekspress KL ke Sungai Nibong, Pulau Pinang

Bila En Rosman ada event di USM daripada Khamis hingga Sabtu, kami kena buat perancangan supaya semua hadir ke event tersebut. Bila apply cuti... tak diluluskan pulak sebab tak de orang nak jaga unit kat office ibu. Kalau ada apa-apa request, tak de sapa nak harap. So, cuti ibu hanya bermula pada hari Jumaat. En Rosman dengan anak-anak gerak ke Penang dulu... so ibu kena kaik bas.

Dah lama tak naik bas daripada Puduraya. Lepas office hour, ibu gerak ke KL. Asalnya nak cari pelampung tangan untuk Uwais kat Maideen... tak de stock pulak.

Terus gerak ke Puduraya. Kebetulan ibu tak solat... plan nak sampai awal ke Penang.

Masa sampai je di Pudu  ... ada bebarapa staf penjual tiket berkeliaran di platform. Memandangkan ibu nak terus ke Sungai Nibong, kena cari bas pi Penang. So tanya aje pada penjual tiket yang berkeliaran tu. Kalau Butterworth... En Rosman nak kena lintas jambatan pulak. Toll lagi.

Dapat tiket kul 7.20pm. Staff tu kata jalan sekarang. Kelam kabut ibu pi platform cari bas. Tunggu punya tunggu 8.30pm baru gerak. Ingat terus ke Penang rupanya ambik penumpang kat stesyen hoki Jln Duta pulak. Mak aiii...

Bas berhenti lama jugak. Lepas jalan, ingatkan direct ke Penang tapi rupanya berhenti di stesyen bas Ipoh untuk hantar penumpang. Hai memang subuh la kut baru sampai.  Udahnya ibu tertidur. Sedar-sedar pemandu bas cakap Sungai Nibong... Sungai Nibong. Tengok jam baru 1.20am. Sah kena tukar bas la pulak kut.

Turun bawah ibu tanya sini kat mana ni. Sungai Nibong la. Rupanya dah sampai. Habis tu yang atas bas lain-lain tu pi mana? Yang tu pi Butterworth... Oooo baru la paham perjalanannya. Masuk Penang dulu baru keluar balik ke Butterworth.

En Rosman pesan setengah jam nak sampai telefon... Tak de maknanya kalau dah membuta.

Tiket bas. RM39 dari KL ke Penang. Ibu percaya yang bas ni pakai NGV. Tapi tambang ikut rate petrol.

 Selesa jugak bas sebab seat besar. Lagipun perjalanan jauh.

1 comment:

  1. Saya pernah naik bas supernice dari btrwrth ke kulim . Nama tak seindah service . Sangat terok dengan lambatnya bergerak dari masa yang dijadualkan

    ReplyDelete