Thursday, November 21, 2013

Sekitar SPACE Festival USM 2013

Tanggal 14-16 Nov 2013, pihak Muzium USM telah menjemput AKADEMI PUSAKA untuk menganjurkan pemeran yang menjelaskan teknologi menempa besi yang digunakan pada ratusan tahun dahulu.


 
 Susunan barang pameran. Keris bersama bahan rujukan yang digunakan
 
Sebahagian keris milik En Rosman yang dipertontonkan kepada khalayak ramai
 
 
Sebahagian pelawat yang datang pada hari pertama
 
Menjadi sesuatu yang amat mengkagumkan ibu ialah minat yang ditonjolkan anak-anak muda di kalangan pelajar universiti dalam mendalami ilmu yang seolah-olah ditenggelamkan dengan persepsi negatif.  Bukan mudah memadamkan persepsi terhadap keris kerana ciri-ciri mistiknya... sehingga mereka lupa tentang teknologi yang terkandung di dalamnya. Inilah kelebihan ilmu bangsa Melayu nusantara yang tidak ada pada bangsa lain. Kebolehan berteknologi ini seharusnya dibanggakan.
 
Pada kunjungan AKADEMI PUSAKA kali ini, penerapan ilmu adalah terhadap teknologi pembuatan keris serta kandungan logam yang terdapat di dalam sebilah keris ... sesuai dengan tajuk festival.
 
Tajuk perbentangan yang disampaikan tuan Tanpa Nama

Aksi tuan Tanpa Nama... begitu bersemangat dalam penyampaiannnya
 

No comments:

Post a Comment