Tuesday, March 8, 2022

Pengalaman kena jangkitan Covid-19 pada 2022

Mula-mula Hakeem demam. Bila test negatif. Selang beberapa hari K Ngah pula demam teruk, dua hari lepas suntikan booster. 

Lepas tu ibu dan Uwais. Bila test Uwais negatif. Hari yang sama Mak Esah dan Pak Hashim pula positif. Ibu ingat cukup la Uwais sebagai wakil sebab ibu malas nak test walaupun demam dan sakit kepala teruk. Sekali kena marah dengan adik2, barulah ibu test pada petangnya. Rupanya positif. Lepas tu baru la K Ngah pula test, ternyata positif. 

Maka, kami kuarantin je kat rumah. Tak ada istilah kuarantin dalam rumah ni, 6 orang dalam rumah yang sempit ni pastilah akan berselisih bahu. Yang pasti MySejahtera Merah, kami yang positif tak keluar rumah. Tengok kepada laporan kes Covid-19 setiap hari, sebenarnya semua orang sedang menunggu giliran sahaja untuk kena. Ibu tidur sebilik dengan En Rosman macam biasa, maka tak lama kemudian dia pun positif. 

Kalau ikut batuk, ibu rasa tak teruk cuma dada rasa sakit. Terasa risau kut2 nampak macam OK tapi sebenarnya Oksigen rendah. Suruh K Long beli Oximeter. 

Bila test, bacaan Oksigen ibu 95 tapi bacaan Oksigen En Rosman bawah 90. Dia nampak tenang, batuk tak teruk. Demam pun sikit2 sahaja. 

Suruh K Long telefon 999. Senang pula dapat. Kami bagi penerangan tentang bacaan Oksigen En Rosman. Setelah mereka buat sedikit interview, En Rosman disuruh bawa sendiri ke hospital. 

Sampai di unit kecemasan, bacaan memang tak cantik. 

Pegawai perubatan bila tengok je bacaan kat mesin tu, terus tolak wheel chair. 

Ni masa di wad pemerhatian. Esoknya dimasukkan ke Wad. 

9 hari berada Hospital Sungai Buloh sebagai pesakit Covid-19 Stage 4, macam-macam ujian in doktor buat. 

Tapi sempat juga 2 kali En Rosman suruh kami hantar sambal bilis ke hospital sebab katanya makanan sana rasa plain sangat. 
Lengan nampak lisut sebab doctor flush air keluar dari badan (kes buah pinggang). 

Bila keluar, banyak lebam kesan rawatan... macam baru balik pusat tahanan. 

No comments:

Post a Comment