Friday, December 17, 2021

Pantai Redang, Sekinchan... mendung menjadikan hari itu lebih bermakna

Perkahwinan sudah menjangkau Jubli Perak. Namun, inilah kali pertama ibu jejak kaki ke sini

Lokasinya hanya sekitar 5 minit sahaja daripada Pekan Sekinchan yang terletak dalam perjalanan daripada Kuala Selangor ke Sabak Bernam. 

Suasana cuti sekolah setelah PKP sekolah olah menggamit pengunjung.

Apabila keluar daripada kereta di tempat parking, ibu ternampak layang-layang di atas pasir. Kondisi layang-layang tersebut seolah-olah telah di buang semalam, daripada kesan pasir basah padanya. 

Alhamdulillah, kalau tidak terbang la RM nak melayan permintaan Uwais. 

Rasanya kenapa layang-layang tu dibuang adalah kerana ianya nampak tidak sembang. Maka, agak sukar menerbangkannya. Nasib kau la Uwais. 

Disember pula biasanye adalah musim tengkujuh. Qada' ALLAH menentukan kami berada di sini dalam cuaca mendung sehinggakan jam 12 tengahari pengunjung masih berkeliaran di pantai.

Hasil kutipan Uwais. Katanya nak letak dalam akaurium.

Ibu pula buat aktiviti melepap. 

No comments:

Post a Comment