Monday, December 13, 2021

Uwais sudah boleh memulakan langkah berjemaah - - - selepas lengkap vaksinasi

Covid-19 ini, menjadi bala musibah bagi segolongan manusia dan segolongan yang lain memperoleh laba dalam ujian.

Misi ibu mengajar anak lelaki mencintai solat berjemaah 5 waktu sehari semalam bermula pada usia 12 tahun.

Rasulullah saw suruh pukul anak pada usia 10 tahun jika tidak solat kerana sepatutnya ajaran dan latihan sudah dimulai sejak usia 7 tahun lagi. 

Latihan solat berjemaah Uwais telah bermula seawal usia 10 tahun juga secara on and off. Pada usia 12 tahun, sepatutnya anak lelaki sudah sesuai berjemaah secara total di masjid atau surau.
1. Anak sudah ada kesedaran bahawa tidak lama lagi mereka akan baligh.
2. Pada usia 12 tahun anak sudah boleh diharap untuk jaga diri sama ada secara berjalan kaki atau naik basikal. 
3. Bagi solat Isyak dan Subuh yang situasinya gelap, terdapat kerisauan terhadap keselamatan. Oleh itu, anak sudah cukup pantas bertindak untuk selamatkan diri sendiri, kalau apa2 berlaku. Na'uzubillahi minzalik...

Biasanya sebelum Covid-19 sewaktu bermain dengan kawan2, mereka akan terus ke surau sebaik sahaja mendengar laungan azan. Tetapi selepas PKP, situasi menjadi sepi. Masing2 hanya solat di rumah... termasuk lah mereka yang culas.

Apabila vaksin diperkenal kepada anak2 12 tahun ke atas. Ibu memang looking forward dengan harapan apabila complete 2nd dose, Uwais sudah mula boleh berjemaah. 

Malangnya, apabila Uwais ikut abangnya ke surau, dia ditegur AJK mengatakan kanak2 tidak dibenarkan solat di surau. Bila abangnya mengatakan bahawa Uwais sudah complete 14 hari lepas 2nd dose, AJK tersebut masih berkeras tidak membenarkan. 

Lama juga ibu ternanti-nanti sehinggalah sesi persekolahan dibuka. Lepas itu, ibu dapat no telefon Pengerusi Surau. Tanpa berlengah, ibu mesej inginkan kepastian. Akhirnya, Uwais dah dapat kebenaran berjemaah. Alhamdulillah. 

Bagaimana melatih anak2 ke surau? Sama seperti ketika melatih mereka untuk meninggalkan 'pampers', ibu kena bermain peranan... Inspirasi ibu adalah beberapa imam hadis contohnya Imam Bukhari dan Imam Ahmad bin Hanbal; yang mana ibu mereka adalah susuk tubuh yang menjadi tunggak kejayaan mereka menjadi insan cemerlang. 


No comments:

Post a Comment