Wednesday, October 13, 2010

AKAUN BANK RAKYAT

Tanggal 8 Oktober, beramai2 pakat pi Bank Rakyat Damansara Uptown. Fikir banyak options:
1. Pelaburan amanah
    - Kak Long dah boleh buka akaun pelaburan Amanah Saham Remaja. OK
    - Kak Ngah & Hakeem boleh buka akaun Amanah Saham Didik. Tapi kena tengok kalau ada saham yang terapung sebab fund untuk ASD telah habis dibeli. KO
    - Uwais langsung tak layak. KO
2. Tabung Haji
    - Akaun boleh dibuka di Bank Rakyat... tapi
3. Akaun Nuri
    Kak Long dan Kak Ngah dah buka buku akaun semasa di sekolah tahun 2009. Tapi masih belum ambil buku akaun. So tak payah lagi menghadapi proses buka buku yang ambil masa lama untuk dibuat.
    Hanya buka akaun baru untuk Hakeem dan Uwais.

Keputusan: buka akaun Bank Rakyat. Islamik jugak.

Dapat banyak la pulak free gifts. suka la budak2 tu..

Lepas ni masing2 kena la pandai berjimat. sapa nak banyak duit masuk dalam akaun, simpan la duit belanja. Bagi ibu RM30 akan dapat tambahan RM20 untuk masuk dalam simpanan.... SELAMAT MENYIMPAN!!!

Nota: Sekali masuk dekat RM1,000 kena la kongsi2. Itu baru 4 beradik... kalau lagi ramai, RM1,000 pakat la bahagi sorang sikit... kui kui

 

1 comment:

  1. ayah : haa... sekarang ni...pantang jumpa syiling kat umah.... berdesupppp masuk tabung dia orang..... kesian Uwais yang tak tau apa2 lagi...

    ReplyDelete