Keluasan tanah 1.25 ekar. Anggap 0.25 ekar tu untuk parit (kongsi dengan Hambali) dan jalan (kongsi dengan Mastor). Maka, keluasan yang boleh diguna adalah sekitar 1 ekar sahaja.
Kelapa sawit
Modal anak pokok RM10 x 75 pokok = RM750
Upah tanam RM2.5 sepokok x 75 pokok = RM 187.5
(dalam tempoh 3 tahun pertama: tiada hasil diperoleh. baja dan racun menjadi modal yang perlu ditanggung)
Racun + baja + upah = RM100 sebulan. 3 tahun = RM3,600
Jumlah = RM4,537.50.
Hasil diperoleh selepas 3 tahun sekitar 0.8 tan (pokok muda) hingga 1.5 tan (pokok matang: 6-15 tahun).
Harga naik turun bergantung kepada harga pasaran antara RM350 setan hingga RM600 setan. Anggapan pendapatan setiap 21 hari ialah minimum RM280 hingga maksimum RM900.
Andaian: harga dan upah baja dan racun sudah diambil kira.
Rumah Sewa
Biasanya memerlukan modal yang lebih besar. Kerja tanah, bangunan & cat, wiring, saliran, kumbahan & najis dan jalan memerlukan modal yang agak banyak.
Anggaran
Kerja tanah RM2,000
Bangunan & cat RM40,000 (4 rumah sederet)
Wiring RM4,000
Saliran, kumbahan & najis RM4,000
Jalan RM2000
Jumlah RM52,000
Wow! boleh ke impian ni tercapai? mana nak dapatkan sejumlah wang sebanyak itu? FIKIR...
Pulangan? Tempoh pembinaan makan sehingga rumah sedia diduduki sekitar 2 bulan. Selepas itu insyaallah bayaran sewa sudah boleh diperoleh.
So, sekarang sedang buat kertas kerja projek ini. Masih ada masa sekitar 2 bulan sehingga tamat tempoh perjanjian mulut dengan Micheal yang menyewa tanah selama 4 bulan untuk tanaman labu dan kundur. Semoga ALLAH merestui. Amin.
No comments:
Post a Comment