Tuesday, November 30, 2010

Hari Sabtu yang kelam kabut

1. ZOO NEGARA

Pagi2 budak dah dikejutkan. Tak susah nak kejut sebab nak jalan2. Ucu dan Tamm gerak dari rumah Chik di Pantai Dalam. Masak nasik siap2 untuk En Rosman yang tak dapat pergi sebab sakit kaki. Tinggal panaskan lauk bila nak makan.

Pergi ambik duit kat ATM then pi sarapan di Sayang Salhah. Jumpa Ucu dan Tamm di sana. Lepas makan, tinggalkan Unser di rumah. Ucu drive kereta dia ke Ulu Kelang.

Lepas selesai beli tiket (RM92) dan distribute. Ucu cakap ada sorang pengunjung tegur tentang kulit Hakeem yang nampak kuning... Dia suruh pi check takut ada problem liver. Hakeem kata "sebab topi ni kut". Kebetulan Hakeem pakai cap Firefly warna orange. Hati berdebar2 tapi masuk la jugak. Ada pertunjukkan multi animal. Budak2 enjoy. Pukul 1.30pm En Rosman call bagi tau abang dia Jumali on the way pi rumah ... Lantak la. Today, hari nak bersama dengan budak2 and adik2.

dalam kolam nih... kat atas gelas tu ada wayar elektrik
Berat anjing laut ni... seberat en rosman... 120kg hehe
Agak2 gading berapa harga se-kg??? Kalau kat hutan entah-entah dah kena bunuh
Siapa pegang tebu... akan dikejar. well trained
Cute singa nih... posisinya

2. RESTORAN RASAMAS

Kebetulan ada 5 vaucher Ayamas. Dapat semasa bukak akaun NURI Bank Rakyat. Last date December 2010. Baik guna. Tak tau bila lagi dapat keluar. Kaki En Rosman tak tau bila baik.

Giant Kota Damansara ada Restoran Rasamas, bersebelahan KFC. Solat zohor pun kat Giant.
Rupa vaucher tu tak le macam nih... nasik, wing kecik-kecik 3 ketul, frice, sup dan air



3. PUSRAWI KOTA DAMANSARA

Lepas makan terus bergerak ke Pusrawi. Nak confirm tentang Hakeem. Sampai pukul 4. Doktor sampai lewat. Doktor check mata Hakeem tak kuning. Dia kata kalau kulit kuning tak apa.... Kalau nak confirm kena pi ambil darah.

Lega sikit. Observe dulu tengok cemana. Kalau perlu kena jugak pergi Hospital Sg Buluh untuk confirmation.

4. BALIK

a. Sebelum balik pi cari filter air dulu... tak jual la pulak pemutarnya. Tapi berjaya beli ketip kuku. Ada pulak tu dijual kat hardware.

b. Nak cuba tutup paip air pun tak berjaya. Hampeh betul ibu nih... Zaidon (A510) pun tolong gak. Tak berjaya. Udahnya Hakeem dengan Uwais yang main air. Basah lencun...

c. Singgah rumah 106. Ramainya member En Rosman lepak kat sana. Sebok ambik gambar keris untuk publish buku. Megat siap suruh up sewa rumah kat cina 10%. Ibu cakap "bukan ke u all yang kena charge sewa rumah ni utk ambik gambar keris?"

d. Kunci rumah 104 sebab tak bayar sewa. First time buat macam ni. Menggelatar jugak. Masalahnya kita dah letakkan kepercayaan kat orang tapi orang buat hal dengan kita. Mungkin perasaan berbaik sangka ni sebab tuan yang empunya badan ni baik hati kut. Ceh.

e. Naik atas rumah ibu mengamuk. Mission nak tukar filter tak terlaksana. Terpaksa angkut air kat mesin basuh untuk basuh kain. Dah la badan penat. Kalau tak basuh kain, bila lagi nak basuh. Start jumaat tak dapat basuk kain sebab air perlahan masuk mesin, mesin menjerit tak mau jalan.

f. Semasa masuk rumah, Jumali and family ada... Agak pening lalat jugak la. K long and K ngah dah packing baju nak tido rumah Chik. Esok Tamm kata nak balik rumah dia di Melur. Tak sempat bertegur sapa, Jumali and family pakat nak balik. Ibu pun salam2 than... puh legaaaa

g. Ada pulak kawan En Rosman, Megat (muda) datang. En Rosman suruh turun pi rumah 106. Jam dah 6.30pm. Rupanya dari tadi En Rosman tak makan. Penat je masak nasik pagi2. Abang and kakak ipar dia pun dia tak jamu... bertuah

h. Agen Chin datang pulak ambil signature tenant baru nak masuk next month. Alhamdulillah.

i. Maghrib... sirmudd and megat melepak kat rumah... tak tau sirmudd balik pukul berapa... ibu dah zzzz

No comments:

Post a Comment