Tuesday, July 17, 2012

Hakeem kena alergi semasa hadiri kursus di masjid kuning

Cuti pertengahan tahun 2012, Hakeem dihantar ke kursus di masjid Kota Damansara. Hari terakhir, masa ibu pergi ambil dia, aktiviti kem dah habis. Memandangkan dah pukul 5.30pm dan ibu belum solat asar, maka ibu pi solat dulu. Selesai solat baru lah ibu tercari-cari Hakeem.

Bila dah jumpa , punyalah terkejut. Sebelah kiri muka Hakeem bengkak sampai mata pun sepek. Lepas tu bila cek badan tengok penuh bintat. Baju pulak masih pakai baju yang dipakai malam tadi. Alasan tak salin baju sebab beg tertinggal kat atas (tempat peserta perempuan). Mujur, tak buat aktiviti berpeluh. Kalau tak... jenuh nak pengsan orang sekeliling bau Hakeem. Mengikut kata fasilitator mungkin badan Hakeem alergi pada hama carpet... ye la, kat rumah tak dek karpet. pakai tikar buluh jer...

Sebenarnya kursus 4 hari ni kosnya hanya RM50. Murah sangat. Mungkin yang RM20 tu masjid subsidi. Hanya malam terakhir barmalam di masjid untuk Qiamullail. 

Happy jer walaupun muka bengkak. 



No comments:

Post a Comment