Monday, July 30, 2012

Menjaga ayah di hospital

Bukan nak bercerita tentang kisah sedih ayah masuk hospital. Ini adalah kisah anak-anak pak Hashim yang degil. Selama 5 malam ayah di hospital, hanya malam pertama kami balik tidur rumah. Itupun dah pukul 4.30 am baru balik. Ayah waktu tu masih tak sedar, baru lepas serangan stroke.

Malam- malam seterusnya, kami (anak-anak pompuan) pakat jaga ayah kat hospital. Chik berkesempatan lepak hanya pada malam terakhir sebab terpaksa balik KL. Buat gaji pekerja...
Ada satu malam ibu kononnya dikerah tidur di rumah sebab demam tapi jam 4 pagi Mama balik ajak pi hospital sebab ayah ada sebut nama ibu. So, bergegas ibu ke hospital.

Kami, walau pun tak keluar dengan patah perkataan, tak sanggup tengok mak sendirian jaga ayah. Kesian mak tak cukup tidur dan kepenatan. Dengan kehadiran kami, kurang la sikit penat mak. Boleh jugak mak curi-curi masa untuk tidur. Walaupun kami terpaksa bercakaran dengan guard yang dengan efficiennya menjaga ketat kemasukan pelawat. Situasi ayah waktu di hospital sangat-sangat tak tenteram. Tidur kejap, bangun dan menggelisah. Kejap nak minum, kejap nak solat. Ada saja tak kena terutamanya waktu malam.

Malam-malam sedih tatkala kerisauan kami tinggi, memang tak ada gambar. Tak sanggup rasanya nak bergambar. Bila keadaan ayah dah stabil, barulah ada senyuman diwajah masing-masing. Kalau tak, hati tak keruan mengenang keadaan ayah.


Pukul 12... masih segar. Terima kasih atas sumbangan tikar hitam NSTP sempena family day 2010. Besar jasa tikar ni... dah pi merata tempat, mengikut tuan dia.


Sempat lagi shoru... Balik rumah hanya untuk mandi, basuh baju serba sikut. Masak untuk mak yang jaga ayah kat hospital. Lepas tu bergegas balik ke hospital. Mama, siap bawak komputer lagi. Kami dapat cari ada plug tersorok kat tempat ambulan masuk dan parking. Nyamuk? Banyak, tapi kami pasang ubat nyamuk. Untuk keselesaan.


En Rosman tetiba datang... tanya ada makanan tak. Ceh... bukannya datang bawak makanan. Lagi mau songlap makanan orang. Nyaris ada lebih. Dia lepak kejap, pas tu balik.


Giliran ucu dan mama tido. Tamm masih bertahan. Lepas makan Tamm naik atas teman mak.


Mama dah naik atas. Tamm pulak take over... zzzz.  Pada saat ni, Ucu masih belum ada keberanian nak jaga ayah dengan mak. Asyik nak menyebek... biasalah anak bungsu. Cewek habis.

Giliran ibu ialah menjelang subuh. Biasanya ayah kalau nak solat mesti cari ibu untuk wuduk.


No comments:

Post a Comment