Tuesday, November 27, 2012

Aktiviti cuti di KLCC

Sanggup ibu ambik cuti hari Khamis semata-mata nak bawak Hakeem & Uwais mandi-manda di KLCC. Ibu dah tau kalau ada k long and k ngah mesti depa tangkap boring. So, ibu aje la yang bawak 2 orang anak jantan ibu berjalan-jalan.

Tengah tunggu LRT di Stesyen Bangsar.

Ibu sanggup drive ke ofis di Bangsar dan parking kat parking biasa ibu di office (parking Unilever). Sarapan roti canai dulu kat Liyas Corner, cari tenaga. Dari situ naik bas ke stesyen LRT Bangsar. Dari Bangsar ke KLCC naik Putra LRT.

Dalam LRT. Waktu kerja... ramai la orang. Lepas Masjid Jamek, baru dapat tempat duduk. Jam sekitar 9.30am


Sampai KLCC dalam 10.15am. Background KLCC. Matahari tengah tegak. Alhamdulillah cuaca cantik. Nampaknya ALLAH merahmati percutian ini...


Dah start mandi. Dalam jam 11.15am Uwais dah cakap yang dia nak berhenti mandi sebab kesejukan. Salin baju, main pulak kat playground. Tak lama... main sekejap dah boring. Cuaca panas, playground panas. Tak selesa. Udahnya, masuk balik dalam pool.


Makan time... makanan habis. Ibu pulak hanya bawak 2 ketul bun dan air. Hakeem cakap tak pe... ibu pergi cari makanan kami main sini tunggu ibu. Ibu jalan pi Cold Storage KLCC beli bekalan. Bila ibu sampai kat pool... budak2 ni buat selambe aje main.

Ambik gambar 1.58pm. Dah lebih waktu zohor. Masa ni tengah panas lagi.

Landing cantik aje dalam air...

Dalam jam 2.30pm cuaca dah start mendung. Orang pun dah makin kurang. Dekat jam 3, kami jalan balik ke KLCC. Masa tu hujan dah renyai-renyai. Uwais kepenatan, tidur dalam LRT. Sampai Bangsar, hujan agak lebat. Naik teksi ke tempat parking kereta.

Drive balik ke Kota Damansara dalam hujan. Sampai rumah 4pm... Uwais terus tidur sampai pukul 6. Penat betul

No comments:

Post a Comment