Wednesday, January 23, 2013

Sukaneka kitar semula

Ibu membuka lebaran 2013 dengan menyertai acara sukaneka anjuran Kelab Sukan & Rekreasi NSTP. Sama macam pergi Kuala Gandah, pun anjuran kelab yang sama. Itu je pun satu-satunye kalab kat NSTP ni kut. Semua staf adalah ahli kelab ni... macam kat sekolah, persatuan agama islam.

Sebenarnya acara sukaneka ni dah dirancang dari akhir tahun lepas tapi sambutannya kurang memuaskan. Buat akhir tahun... orang pakat bercuti. Sapa nak heran pasal sukaneka ke bagai.

Ibu daftar aje... tak sangka penganjur letak dalam kumpulan based on department. Ad sales ada 2 kumpulan. Merah dan kuning. Ibu dapat kumpulan kuning. Nama kumpulan dapat pada hari khamis. sukanekanya Sabtu. Petang kamis tu jugak buat meeting pakaian beragam berasaskan bahan terbuang. Petang jumaat pulak meeting persembahan.

Memandangkan team merah dan team kuning ni di bawah satu jabatan, so kami mengembeling idea dan tenaga untuk pakaian beragam. Tak kira siapa menang, hadiah kongsi bersama.

Ni koleksi gambar yang ibu dapat daripada kamera kawan.

Gambar team kuning...

Team ibu memang sepakat, satu kepala & tak de nak kondem sama sendiri. Main untuk fun... kalau menang bonus. Yang penting... happy

Gambar persembahan... chicken dance

Masa acara berlangsung

Sapa la ambik gambar perseorangan nih...

Hadiah:
1. Tempat pertama pakaian & persembahan - RM500 (kongsi 24 orang)
2. Tempat pertama acara - RM1200 (kongsi 12 orang)
3. Cabutan bertuah - selimut (letak je kat ofis)

Pada ibu, kalau tengah stress masuk acara macam ni & menang.... hilang stress. Kalau kalah bertambah stress.




No comments:

Post a Comment