Monday, March 4, 2013

Bowling di Wangsa Walk

Kali ni sambutan birthday di buat di pusat bowling Wangsa Walk pulak. Asalnya memang nak main bowling... tapi memandangkan aktiviti ni dibuat pada bulan 2, maka buat sekali birthday Hakeem dan Muhammand (anak Sue-BIS) yang kedua-duanya jatuh pada bulan yang sama. Cumanya sorang sebelas tahun dan sorang baru umur setahun.

Peta lokasi ni dia. Dari Kota Damansara kami lalu NKVE lepas tu masuk DUKE... Dokek jo



Masing-masing mengasah bakat membaling bola bowling.

Bayaran:
1 game = RM7.50
Sewa kasut = RM2.50
Sewa stokin = RM2.50 (tapi stokin bawak sendiri)

So, kami main 2 games, so sorang kena RM17.50.






Ni team RIS/BIS yang pergi. Yang bestnye, K Ram sporting habis, sentiasa ceria dan awet muda

Ni pulak gaya anak2 bermain boling. Walaupun mulanya masuk longkang, tapi lepas game pertama nampak ada peningkatan. Anak2 main bola 6kg. Ibu suruh K Long pakai bola berat sikit sesuai dengan saiz badan. Kelajuan sekitar 11-14 km/hr. Ibu pakai bola 9kg. Try 10kg tak larat. Kelajuan dalam 21km/hr jer. Fareed kapai bola 11kg. Katanya sebab jari dia tu je pun yang muat. Laju bola dia. Cecah 28km/hr. Tapi tak strike jgk. Mungkin teknik kena perbetulkan. En Rosman pakai bola 12 kg. Kelajuan sekitar 24-26 km/hr. Berat tuh...



K Ngah biasa la. Mula2 main tangan kanan. Asyik masuk longkang. Bila test tangan kiri, boleh strike pulak. Cayala... So after this K Ngah decides main tangan kiri...







Ni pulak gaya en Rosman. Perut...



Yang penting semua hepi...

1 comment: