Monday, June 17, 2013

Trip AKADEMI PUSAKA ke Penang... (Part 1)

Tanggal 15 Jun En Rosman di jemput oleh Muzium USM untuk buat talk berkenaan Busana. Tajuknya "Program Bengkel & Demo Busana Melayu" di Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sain Malaysia Pulau Pinang.  Sebagai permulaan, ruang lingkup perbicaraan ini En Rosman berbicara mengenai samping dan setanjak. Bermula jam 10.30am hingga azan zohor berkumandang. Memang menarik. Ibu pun buat pertama kali terdedah dengan perkara ni.


 Crowd terdiri daripada students dan mak andam

 Cameraman cilik...


 En Rosman buat talk. Nampak penuh confident dan berilmu. Pertama minat yang mendalam, kedua mendalami subjek termasuk aspek sejarahnya sekali. Ketiga padai bercakap dan yang paling penting pandai mengolah dan menyusun script

Model. Yang ibu respek, budak ni nampak pemalu tapi berani tampil untuk menjadi bahan ujikaji (betoi ke?)
 Penerangan cara2 menbuat setanjak. Pemilihan kain serta ukurannya sekali
 Menyolek setanjak
 Setanjak siap digandingkan dengan samping pulak
 Model yang siap didandan. Kasut dia ditukar sekali dengan capal. Cuma keris tidak disisip...
 Siap cari pasangan. Sporting pulak tu

No comments:

Post a Comment