Monday, August 5, 2013

Setanjak hasil tangan En Rosman

Kalau dalam FB En Rosman lebih dikenali sebagai Tanpa Nama. Kalau search Rosman atau Rosman Sukim memang tak jumpa cari.

Sekarang menjadi pengasas kepada AKEDEMI PUSAKA KERIS SENUSANTARA.  Mempunyai minat yang mendalam terhadap keris. Berkecimpung secara serius sehingga melakukan banyak pembacaan tahap tinggi terhadap ilmu perkerisan bermula dari sudut sejarah, empu, jenis dan kecirian terhadap keris tersebut. Secara lahiriahnya... pada pandangan ibu ilmunya sedang meningkat dari masa ke semasa. Cuma ALLAH tidak memberikan kelebihan mendalami keris ini secara mistik sahaja... tak mungkin seseorang menjadi pakar pada semua perkara kan???

Bermula daripada satu kursus membuat setanjak yang dihadiri, Tanpa Nama menapak dalam satu lagi bidang iaitu menyolek setanjak. Sehinggkan kawan2 yang menghadirkan diri pada kursus sama juga sekarang mengambil tempahan daripadanya.  Bermula daripada tempahan, sekarang Tanpa Nama telah dijemput membuat kursus2 berkaitan busana di beberapa tempat sehinggalah lahirnya AKADEMI PUSAKA sebagai satu syarikat yang dibentuk secara sah untuk mengembangkan ilmu ini kepada anak bangsa...

Dari sudut persijilan... seorang pemilik Diploma Perancang Bandar Dan Desa, tiba2 munjerumuskan dirinya dalam bidang ini tanpa belajar di mana2 institusi pengajian tinggi. Pada ibu, nilah kekuatan MINAT. 

Antara koleksi setanjak hasil tangan Tanpa Nama yang ditempah...

Orang Kaya Panglima Raja... Datuk Panglima Kiri




















 Tunas Daun Sepucuk




Mekar Serikandi... setanjak khusus untuk wanita yang ingin terus kekal ayu gitu
 


Semerah pusaka... memang untuk Uwais. Pi la event mana pun dia akan pakai. Ikut dan dia la nak pusing kut mana





Antara setanjak lain yang cantik tapi tak tahu namanya...
 
 
 
 
 
 




Solekan setanjak ni biasanya akan digayakan mengikut pandangan Tanpa Nama terhadap bentuk muka (bulat, tirus, persegi etc) dan karektor atau mood yang ingin diketengahkan oleh sang pemakai....

Tempahan... harga adalah untk lifetime warranty (selagi hayat sang pembuat dikandung badan)... kalau dah agak2 penyet atau tak kemas... pembaikan adalah percuma.



No comments:

Post a Comment