Friday, November 22, 2013

Perjalanan ke Langkawi... penuh onak duri

Ibu dapat beli tiket Air Asia ke Langkawi. Tapi almaklum konon nak murah... promosi hanya dapat pada tiket balik. Hari Selasa pulak tu. So, ibu plan nak pergi Langkawi menaiki bas dari KL dan naik feri ke sana. Biasa la kita merancang tapi ALLAH adalah penentu. 

Kebetulan En Rosman ada event di USM sampai Sabtu... so kami kena pi Langkawi hari Ahad. Memandangkan hotel hanya sampai Sabtu, malam Ahad kami pi lepak rumah Pak Hashim di Taiping. Terima kasih pada saudara Rizal sebab tolong bawak balik Unser ke KL.

Dari Taiping ke Butterworth ambik masa satu jam. 8.30am kami dah sampai stesyen bas Butterworth.

 Pukul 7 dah sampai stesyen bas Kamunting


Atas bas ekspress ke Butterworth

 Beli tiket ke Kula Perlis terus. Dapat tiket pukul 9am.  Kebetulan hari Ahad tu ada Penang Bridge Marthon. Bas ke Kuala Perlis pulak datang dari pulau. So... tunggu punya tunggu. Lepas 2 jam baru bas sampai.  Graf mood masing-masing dah negatif.

Atas bas ke Kangar... dapat tempat duduk paling belakang. Ada seat kosong sebab ramai penumpang tukar tiket... give-up kut basnya tak sampai-sampai

Uwais dapat tempat duduk sorang. Tidur nyenyak...

Ni seat dalam feri... agak sempit dan kurang selesa. Nasib baik sejam lebih je 

Sampai Kuala Perlis dapat feri pukul 2.45pm.  Feri ambik masa lebih satu jam. Dah nak petang la baru kai sampai ke pulau.

Akhirnya... Langkawi kami datang...

Kereta sewa memang melambak menunggu. Harga memang lebih murah daripada di semenanjung.  Kalau tak de kereta memang payah nak gerak.  Kereta Nissan Sentra dapat harga RM80 sehari. Kalau Waja RM70. Dah biasa dengan NGV terasa jugak mahalnya minyak. RM10 tak sampai 30 km.  Yang peliknya setiap kali buka tangki minyak terasa minyak meruap. Walaupun jarang isi minya kat semenanjung, pengalaman minyak meruap tu tak de pula.  Kualiti tak sama ke???

No comments:

Post a Comment