Monday, May 5, 2014

Terjemahan Al-Quran Al-Haramain untuk anak2

Alhamdulillah... hajat dihati ibu untuk menghadiahkan senaskhah terjemahan Al-Quran setiap seorang tercapai. Masa beli tu niatnya hanya nak beli terjemahan resm Othmawi.

Setelah dibelek-belek, dengan harga yang sangat berpatutan, ibu telah beli terjemahan ni. Setakat ni sangat-sangat berpuas hati.

Terjemahan Al-Quran Al Karim ini: AL-HARAMAIN - terjemahan dan tajwid berwarna. Bersaiz A5. Muka suratnya adalah sama dengan Al-Quran asal.

Muka depan. Terdapat tiga warna. Yang warna hijau ni Hakeem punya.

Kelebihan:

1. Tafsir Ibnu Katsir/ Tafsir At-tabari bagi ayat pilihan yang digaris sebagai ilmu tambahan kepada pembaca. Yang ni memang disediakan ruang khas untuk pengisian ini.

Kalau nak tafsir setiap ayat... kena beli tafsir ibnu Katsir la. 1 set 10 jilid. Ibu pun jilid 1 belum habis....

2. Disertakan ruangan tambahan dibahagian kanan bawah sama ada hadis Nabawi atau doa asmaul husna pada hampir setiap muka surat.

3. Tajwid berwarna berserta jenis-jenisnya. 

4 Ruang-ruang kecil lain diisi dengan:
a. Riyadus salihin
b. Hadis kesihatan
c. Mu'jam

Ini muka belakang.

No comments:

Post a Comment