Wednesday, December 10, 2014

Tropicana Medical Centre: Uwais lagi

Menjelang peperiksaan UPSR Hakeem, Uwais demam. Kebah 2 hari dan demam lagi. Lepas beberapa hari demam, kebah balik.  Then demam semula. Sampai minggu ke-3... minggu peperiksaan UPSR Hakeem

Pada minggu ke-3, demam Uwais bersuhu amat tinggi, dia mengadu sakit perut belah kanan pulak tu.  Then, En Rosman bawak ke hospital Sungai Buluh. Masa tu suhu badan naik lebih 39 darjah. Doktor ambik darah, takut denggi.  Ibu yakin, insyaallah bukan denggi sebab walaupun demam Uwais masih aktif.  Berbanding denggi yang menyebabkan badan sangat lemah (pengalaman masa k long demam denggi waktu dia di Tingkatan 3).  Bacaan darah normal. Tapi bila doktor tekan perut bahagian kanan Uwais menjerit. Apa lagi doktor suspect appendix. Doktor bagi ubat 'bontot' untuk terunkan suhu badan.

Kemudian Uwais dibawa ke TMC. Suhu masih lebih 39 darjah lepas 2 jam diberi ubat. Doktor masuk lagi satu ubat 'bontot'. Buat ultra sound. Memang yang nampak:
1. pundi kencing banyak sedimen.
2. usus kanan memang langsung tak jelas. Doktor kata usus kanan dipenuhi angin.
So doktor tak boleh buat conclusion sama ada appendix tu wujud atau tak.

Bacaan ujian darah pulak menunjukkan ada satu bacaan yang tinggi. Seperti ada radang pada organ tapi tak tahu organ mana... Uwais dimasukkan ke wad. Since suhu masih lebih 39 darjah, dapat lagi ubat 'bontot'. Dalam tempoh kurang 8 jam, 3 das ubat 'bontot' diberi.  Kesian Uwais

Macam-maca ujian dibuat akhirnya... Uwais hanya diberi antibiotik sampai demam dia betul-betul kebah.

Demam teruk... single-bed room penuh. Sharing memang letih. Nak duduk tak selesa. Asyik tarik curtain... terasa sempit. Kalau dekat cermin, luas sikit pandangan.

Belum ada mood lagi. Mata pandang TV.
Tangan masih ada drip. Pasang drip tak lama sebab selera makan dan minum ada.
Tengok gaya makan, memang cepat sembuh. K ngah ambik kesempatan tengok TV.
 Spagetti. Mata mengadap TV.  Ibu pulak sambil buat kerja. Edit borang soal selidik Harian Metro. Kena telefon reponden lagi.  Nasib la siapa jadi jiran sebelah katil...
Aktiviti mandi. Kena selamatkan drip. Bila suruh buka, nurse kata keluar hospital baru boleh buka.

Ibu pulak dah macam orang sakit.  Mana taknya:
- kena buat kerja sambil melayan Uwais.
- dengan Hakeem yang sedang pereksa UPSR... tertangguh pulak tu sebab nak kena buat semula.
- kena bersiap sedia untuk PSRA pulak.

Macam-macam dalam kepala.

Akhirnya, drip tercabut sendiri masa tengah tidur.

Hati2 bed ni hanya boleh tampung berat tak melebihi 180 kg.  Kadang2 beramai-ramai panjat katil... tak pasal-pasal reban pulak.

No comments:

Post a Comment