Wednesday, January 7, 2015

Yuran Kemasukan ke Tingkatan Satu ke SMK Agama...

Sepanjang masa mencari sekolah berasrama untuk Hakeem, ibu menghadapi masalah mengakses berapakah bayaran yuran yang perlu dibayar.  Takut-takut 'beyond' kemampuan... walaupun ibu bapa of course akan usahakan jugak walau berapapun keperluannya.

Rasanya yuran pengajian adalah sama di mana-mana sekolah bantuan kerajaan.

Permohonan

Zaman IT ni amat memudahkan ibubapa.  Kalau zaman ibu, semuanya sekolah yang uruskan. Permohonan ke sekolah berasrama penuh boleh dibuat secara online seawal akhir September.  Itupun dalam dok stand-by, bila sedar tarikh tutup dah nak sampai.

Untuk Hakeem sahaja macam-macam jenis sekolah ibu cuba:
1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Sekolah Kawalan - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
3. Sekolah Agama Menengah (SAM)
4. MRSM

Tu pun bagi sekolah kawalan, ibu hanya mintak SMKA.  Rupanya ada Kelas Aliran Agama (KAA) disesetengah sekolah yang menyediakan asrama, yang ni ibu terlepas pandang.

a. Pemohonan SBP boleh terus submit online. Paling mudah, tetapi sesetengah sekolah yang dipilih memerlukan pelajar menghadiri temuduga. 
b. Bagi permohonan SMKA, borang permohonan kena diprint dan serah kepada sekolah untuk tujuan penyerahan. Mungkin nak kumpul banyak-banyak kut, baru serah serentak... tak sure.
c. SAM, permohonan melalui sekolah agama. Salinan keputusan peperiksaan UPSR perlu disubmit ke sekolah sebab permohonan telahpun dibuat seawal keputusan PSRA keluar.
d. Mengisi borang MRSM pula memerlukan no PIN yang perlu di ambil di pejabat MARA. Bagi sesiapa yang tak dapat 5A, tak perlulah mencuba nasib ke pejabat MARA... seorang pegawai telah ditempatkan untuk memeriksa keputusan pelajar. Yang tak layak, akan terus di'reject'.

Keputusan SBP dan SAM tidak menyebelahi Hakeem. Sedih jugak ibu... Buat juga rayuan dikedua-dua sekolah. Rupanya ALLAH bagi peluang Hakeem duduk diasrama yang sangat hampir dengan ibu. Alhamdulillah.  Kadang-kadang ALLAH nak uji bila kita, lepas ni mungkin Hakeem akan dapat panggilan kedua atau dapat panggilan MRSM (belum keluar keputusan)... tapi Hakeem tekad untuk belajar di sekolah ni. Alhamdulillah...

Check online...

Yuran asrama dan PIBG. Alhamdulillah, masih sangat-sangat berpatutan. Ibu tak pasti berapa bayaran sekolah berasrama lain. Cuma perlu ke Pejabat POS dan Bank Islam sahaja.

Ni pula bayaran sampingan sebagai keperluan Hakeem dan plus plus


5 comments:

  1. thanks info....saya tgh apply n search utk kemasukan sbp thn depan.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. First batch mmg yanya 5A terpilih, tapi selepas pa ggilan MRSM,terbuka kepada pelajar 4A pula

      Delete
  3. Replies
    1. Betul tu...tp utk keputusan UPSR kemasukan 2018 mungkin berubah

      Delete