Monday, February 2, 2015

Temuduga dan ujian UKKM di MRSM Felda Trolak

UKKM adalah ujian Kelayakan Kemasukan MRSM. Agak tinggi juga peratusnya.  Kalau ikut website MRSM, ujian ni carry weightage 55% dan ujian lisan 15%.  Selebihnya pendapatan ibubapa dan ko-kurikulum. MRSM pentingkan sains dan matematik... seterusnya ada ujian yang ibu rasa lebih kurang adik-beradik ujian aptitude atau keperibadian. Yang tu tak tau, sebab tak de soalan bocor. Pelik jugak soalan UPSR pun boleh bocor, soalan UKKM ni tak de la pulak yang bocor...

Mengikut pembacaan ibu, soalan matematik memang mencabar. (Tapi Hakeem as usual... "macamana Hakeem soalan math susah tak?"... "Bolehla...") So bab ni ibu tak tau nak komen, nak kata dia prepare untuk exam tu mamang tak nampak la. Yang pasti masa pergi exam tu Hakeem bawak alat tulis yang lengkap termasuk kertas untuk buat jalan kerja. Masa keluar dari bilik ujian, nampak Hakeem pegang kertas tu, budak-budak lain tak nampak pulak. Kalau harap nak mencongak memang payah ler... 

Semasa membuat permohonan ibu isi borang bersama Hakeem. Siap bukak Google map kat tab sebelah untuk ukur jarak daripada Kota Damansara ke lokasi MRSM.  So, lokasi paling dekat adalah MRSM Felda Trolak. Lagi satu ibu memang cuba elak MRSM kat selatan. Rasa tak sanggup menempoh jemnya pada masa depan nanti... kut-kut dapat. Setakat yang ibu bersembang-sembang masa interview, ibu bapa masing2 datang daripada KL. Mesti kes yang sama... nak MRSM yang dekat

Semasa memohon SBP ibu minta SBP Ulul Albab... akibat tekanan interview yang memerlukan hafalan 10 ayat Al-Quran dalam masa yang singkat, Hakeem fobia nak apply MRSM Ulul Albab. So, tak pa la... ibu bagi ruang Hakeem pilih. Tekan sahaja 'submit' terus keluar tarikh dan masa interview. Senang macam tu, tak payah pening nak tunggu panggilan telefon la bagai.

So ibu ambik peluang ni pergi bersama anak2 sedara... bawak jalan-jalan.

Cara susunan interview nampak sangat smooth. Berbanding 30 tahun dulu, masa ibu tiada ujian oral. Ujian bertulis dibuat di sekolah terpilih dalam daerah. Tapi sekarang semuanya computerised hanya ujian oral.  Ujian oral buat by group, so kena confident dan berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hakeem kata dia ada jugak yang tanya lain jawab lain...


Lokasi interview Hakeem. Pandangan daripada asrama lelaki.

Ni asrama lelaki...
 Wakaf-wakaf disediakan untuk ibu bapa yang datang melawat
Padang... saujana mata memandang. Budak-budak dah meronda sampai ke padang... Sebab dah terlalu bosan. Daripada jam 8.30am hingga 1pm. Lama prosesnya
Berkelah dan sarapan... masing-masing belum mandi lagi sebab lepas subuh dah bergerak.

6 comments:

  1. Saya nak tanya, yang ujian oral tu dalam bahasa inggeris je ke? Atau bahasa melayu pun sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian oral ditanya dalam English, tapi jawapan tu terpulang pada pelajar

      Delete
  2. Boleh kasi contoh soalan yang dia kasi masa interview tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan untuk Hakeem katanya berkenaan keluarga... lepas tu interviewer suruh elaborate pekerjaan ayah, mungkin lain dr yg lain

      Delete
  3. bagaimana Hakeem jawab terang fasal diri anda?

    ReplyDelete