Tahniah diucap kepada Cikgu Ibrahim dan isteri, Cikgu Su kerana usaha murni anda telah menampakkan hasil.
Ini adalah ujian kenaikan bengkung putih dari kumpulan pertama yang memulakan sesi pembelajaran pada bulan Julai 2014 (rasanya). Seramai 20 pelajar mengambil bahagian, terdiri daripada 15 perempuan dan 5 lelaki.
Something should be done to attract anak2 lelaki untuk mempelajari seni mempertahankan diri. Kalau nak main bola ke jogging ke boleh aje. Latihan silat hanya sekali seminggu. Lelaki sepatutnya berupaya jadi pelindung kepada orang yang disayang...
Sedang berbincang dan bertukar pandangan kut...
Cikgu Su sedang menulis nombor pada baju pelajar. Tentu berdebar2 kan
Last minutes... dalam dok practise, bila depan penguji lupa jugak huhu. Pada ibu, mempelajari silat masih memerlukan IQ yang tinggi sebab... otak ibu ni dah jemm, nak ingat dua tiga buah pun fail
Ada pelajar mengadu takut tgk Cikgu Rosman... body tough sangat kut.
Pelajar2 ni dok ketaq lutut... saja je gertak. Sebenarnya semua lulus.
Ni pulak Cikgu Izzudin. Nampak cool tapi suara tegas. Ada gak yang ngadu takut dgn Cikgu Izzudin. Macam2 la korang.
Menurut kata Cikgu Su jumlah pelajar tahun 2015 telah meningkat kepada 40 orang. Pelajar lelaki pun bertambah... alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment