Alhamdulillah... Allah beri kelapangan rezki untuk berqurban pada 2016. Last minute memilih kambing seekor berbanding satu bahagian lembu. Telefon ustaz, ada pulak rezki. RM900, as per expected... cukuplah untuk sekeluarga.
Mungkin orang lain, lain pendirian masing-masing tapi bagi ibu, sebelum melaksanakan ibadah qurban ni, ibu cari sebanyak ilmu yang mungkin daripada kuliah-kuliah berkaitan qurban. Maka, ibu mengambil keputusan untuk melihat sendiri kambing ibu disembelih dan ibu ingin pilih kambing yang paling cantik dan terbaik pada pandangan mata ibu. So, ibu decide untuk berada di lapangan.
Tetapi malangnya, hanya ibu yang berqurban kambing. Maka, ibu terpaksa redha dengan rupa paras kambing ibu. Rezki ibu agaknya... kambing ibu terlihat sangat kacak dipandangan mata. Kira macam cinta pandang pertama la. Walaupun hanya satu, tapi Allah dah bagi Si Kacak ni pada ibu, bulu yang tebal, warna yang cantik an saiz yang besar. Ibu sangat2 bersyukur dengan rezki ini. Alhamdulillah...
Sesi kambing lebih cepat berbanding lembu... nampak tukang sembelih sangat berpengalaman. Lagipun banyak lembu. NSTP sahaja ada enam ekor... lembu orang kampung lagi.
Terima kasih atas kerjasama Ustaz Zaman yang sejak berkhidmat di NSTP tidak pernah bercuti semasa Raya Qurban sebab menguruskan urusan qurban staf... jasamu di kenang.
Ustaz saund ibu sebab tak mahu join qurban lembu, susah katanya sebab kambing hanya seekor. Tak pe la ibu cakap kalau tahun depan ustaz tak mahu ibu join, ibu cari la tempat lain yang sanggup ambil qurban kambing huhu...
Akhirnya Si Kacak dibahagi dua bahagian. Sebelah dijadikan sajian Kuzi Kambing untuk warga NSTP serta pihak yang menerima daging kurban daripada NSTP. Sebelah lagi ibu bawa balik untuk dimasak dan disajikan kepada anak beranak dan adik beradik.
No comments:
Post a Comment