Saturday, September 2, 2017

3D Interactive Park & Toy Muzium @ The Shore Melaka (1)

2017 ni tak banyak aktiviti bersama keluarga. Sabtu ibu sebok dengan kelas dan En Rosman pun busy dengan aktiviti silat daripada pagi sampai malam.

Rezki ALLAH kali ni dapat tiket ke tempat yang lain dari yang lain. Tapi untuk pertama kali pulak kami ke Melaka balik hari, selalunya kami akan bermalam. Bertolak 8.30am... jam 5.30pm dah sampai rumah balik.

Di The Shore ni mula-mula kami ke Toy Muzium. Memang menarik, tapi tak la kami luang masa yang panjang di sini.

8 tiket... kali ni rezeki Amirul dan Anuar pula.

Agak-agak kalau orang tengok kami yang beramai-ramai ni, ada tak orang terfikir yang anak-anak ibu seramai ni. Kalau da besar memang la nampak seronok, tapi bayangkan kalau masa kecik ramai macam ni...

Aksi Hakeem. Seronok bergambar terutamanya yang kaki posing. Setakat ni yang nampak suka beraksi masa bergambar adalah Uwais.

 Hakeem mana entah...

Cikgu pun nak tumpang sekaki...

Masing-masing cari partner... memang kami spend masa yang lama di sini. Kalau ada orang, bagi laluan. Lepas tu bergambar semula.
Hulk... Kalau ikut cerita Hulk yang lepas ni, rasanya saiz Hulk lebih besar.







No comments:

Post a Comment