Wednesday, March 28, 2018

Ikano Power Centre IPC.... cuti sekolah Hakeem dan Uwais

Rasanya dah lama sangat tidak ke IPC. Selalunya tujuan ke sana adalah untuk ke Popular Bookstore. Kali terakhir pergi terfikir apasal lengang, rupanya bangunan ditutup untuk renovation.

Uwais memang selesa macam ni kalau membaca. Buat macam kat rumah. Popular yang baru ni tidak macam dulu yang ada ruang berkarpet untuk anak-anak lepak membaca. Memandangkan kebetulan tidak ramai pengunjung, Uwais berleluasa mengambil ruang.

Hakeem pula sibuk mencari buku rujukan untuk SPM. Harap-harap Hakeem lebih bersedia untuk SPM berbanding PT3 yang ibu nampak kurang serius mengulangkaji pelajaran.

Luangkan masa membaca. Komik yang jadi tumpuan berbanding buku rujukan. Lokasi ini adalah di ruang legar IPC, tingkat yang sama dengan Popular.

Ada challenge SPARTAN KIDS. Dengan pembelian lebih RM100 di mana-mana kedai di IPC layak untuk dapat 1 tiket untuk menyertainya. So resit buku digunakan. Dapat satu tiket. Kebetulan Uwais dan Hakeem ni gayat. Tengok kena panjat tinggi, masing-masing kecut perut.

Jenuh juga pujuk sebab rugi tiket. Akhirnya Hakeem setuju. Mula-mula pihak pengurusan bagi penerangan dulu tentang challange ni kepada peserta.

Ada pula rupanya sorang lagi peserta. Buat serentak, sekurang-kurangnya ada la pesaing.

Kedua-dua peserta nampaknya buat aktiviti dengan santai. Nampak masing-masing tidak menghadapi tekanan akibat lawan yang lebih hebat.

 Potensi lebih kurang sama.

Kena tarik pemberat. Tidak adil la dapat pertolongan pihak pengurusan.

Ini adalah cabaran terakhir. Masa naik, Hakeem agak ketinggalan.

Dengan menghadapkan badan ke hadapan, teknik turun ni lebih pantas sehingga mengatasi pihak lawan. Masa keseluruhan 1 minit 34 saat. Kalau ikut senarai peserta, ada yang bawah 1 minit. Hebat sungguh depa...

 Dapat sijil penyertaan. Uwais pula yang terlajak excited.

Kenangan cuti sekolah penggal pertama 2018.





No comments:

Post a Comment