Tahun ni adalah tahun ke3 mencedok ilmu daripada cendikiawan hadis di Universiti Malaya, walaupun masa zaman ijazah tidak berpeluang menjadi pelajar UM dan tidak berpeluang menceburi bidang Agama. Hikmahnya... hanya Allah yang mengetahui.
UM menyediakan modul yang bersesuaian bagi golongan yang meminati aliran hadis untuk mendalami dan mempelajari selok belok dunia hadis. Di sini, mereka yang hadir adalah dari berbagai latar belakang pengajian dengan niat murni yang satu iaitu mendalami sedikit sebanyak ilmu hadis bagi panduan dalam beramal yang benar.
Setelah sekian lama tak merasai kesungguhan mentelaah, ulangkaji serta debaran mengambil peperiksaan, inilah masanya. Terubat rindu zaman belajar dulu...
Kelas hanya 2 jam setiap hari Sabtu, tapi pengisiannya sungguh padat. Pengambilan pelajar adalah pada bulan Mac dan September. Setiap semester ada 16 minggu dengan 1 peperiksaan, terbuka kepada yg berminat. Terdapat 4 mata pelajaran bagi setiap semester.
Tengok subjek... untuk seorang bekas pelajar Statistik, memang menggerunkan. Terasa sangat2 menyesal kerana semasa ALLAH beri kesempatan belajar Lughatul Arabiyah dulu, tak belajar bersungguh-sungguh.
Melihat kepada warna beg, masing-masing boleh kenalpasti aliran yang diambil pelajar. Ada warna biru, hijau dan ungu.
Prof Madya Dr Faisal Ahmad Shah, asatizah yang bertungkus lumus terlibat dalam memperkenalkan aliran hadis sebagai satu modul yang sesuai bagi golongan awam.
Jazakallahu khairan, Dr.
No comments:
Post a Comment