2018 kami sekeluarga sepakat mencuba warna kelabu sebabnya baju Melayu Hakeem kebanyakan warna telah ada dan masih dipakai.
Macam Panca Sitara pula.
Walaupun warna kelabu tapi 3 tona yang berbeza. Beli di tempat yang sama tapi terpaksa pilih brand lain-lain sebab saiz tak menentu.
Kata K Long memang 2018 kelabu kebiruan adalah trend, tapi macam tak ceria pula rasanya.
K Ngah pilih kelabu pada kain sahaja. Malu la kalau macam boria. Lantak la, asal bahagia.
Cantik pula bunga rumah Mak Ngah ni. Sesuai jadi port untuk posing.
Hakeem...
K Ngah...
K Long dan Hakeem...
Uwais dan Hakeem...
Rumah under construction, siap ada tangga lagi...
Lokasi sama seperti tahun 2017... terdapat 3 rumah yang berdekatan. Rumah terakhir tu terpaksa berjalan jauh sikit. Tu yang sambil jalan ber wefie.
Lokasi adalah di tangga rumah Cik Amie @ Tg Karang. Sebelum ni beraya dalam rumah, tahun ni Cik Amie sediakan meja makan kat luar sahaja... tetamu tak perlu lagi masuk dalam rumah untuk beraya sebab kalau lebih daripada 2 keluarga, dah sendat dalam rumah. Lagipun angin datang daripada setiap penjuru... di bawah rumah siap ada katil lagi.
No comments:
Post a Comment