Thursday, October 8, 2020

Derma Darah Musim COVID @ Giant Kota Damansara: Semoga ganjaran melimpah dengan sumbangan ini

Bukan semua manusia Allah pilih untuk diberi pahala. Ramai yang layak tapi ambil keputusan untuk tidak menderma. Sambil mengajar anak-anak menjadi insan prihatin, derma darah berupaya menyelamatkan nyawa.

Ibu boleh kata hampir semua kesempatan ibu mencuba nasib. Tapi macam-macam kekangan:

  • Menyusu anak
  • Ambik ubat migraine kurang daripada 24 jam
  • Haid
  • Bacaan hemoglobin rendah
  • Tekanan darah tinggi
Pernah lepas menderma, ibu pitam. Sungguh memalukan, dah la pakai baju kurung. Sedar-sedar ibu terbaring dilantai dalam keadaan kaki diangkat atas kerusi. So moralnya, kalau nak menderma tu seeloknya kena pakai seluar panjang atau kalau nak pakai baju kurung pun, perlu pakai legging bagi mengelak kejadian tak diingini selain menjaga aurat.

Masa mudalah waktu paling sesuai, waktu semua bacaan dalam keadaan normal.  Selain itu, penderma tegar mendapat tempat istimewa sekiranya mendapat rawatan di hospital kerajaan.  PPUM menyediakan kad khas pegi pendermanya, setelah cukup had yang ditetapkan, penderma akan mendapat hadiah misteri. Teringin juga nak tahu apa yang misteri sangat tu.

Ini situasi sebelum mengisi borang. SOP jarak 1 meter.  Ibu yang pakai tudung biru, tengah isi borang. Kadang-kadang kecewa, isi borang punya lama tapi tak lepas ujian saringan.

K Long sedang dalam proses saringan. Kalau tengok bahagian kanan, kelihatan ramai yang beratur. Nampaknya penduduk Kota Damansara mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Alhamdulillah.

K Long... 450ml. Mungkin ikut berat badan kut sebab ibu pun selama ni memang dalam kuantiti yang sama.
K Ngah paling teruja. Tak habis-habis cakap yang dia berjaya menyelamatkan nyawa melalui darah yang dia derma. 350ml je kut

Sebagai lelaki, Hakeem patut kena derma. Nak sedekah RM mungkin tak mampu bagi banyak dengan unur muda sebegitu. Maka, derma darah masih boleh mendatangkan pahala, syarat beramal... ikhlas.

Pernah semasa dalam kelas hadis @ UM, penyarah membincangkan perbandingan antara bekam dan derma darah. Dalam kelas memang sebulat suara berpendapat bahawa keduanya adalah benda yang berbeza. 

No comments:

Post a Comment