Monday, May 10, 2021

Daurah Tafsir 2021

Perancangan ALLAH adalah yang terbaik buat ibu. Terasa segalanya ALLAH permudahkan, ALLAH lorongkan. Hanya perlu meminta, merintih, marayu, mengadu tanpa perlu mengajar ALLAH mengikut kehendak kita. ALLAH sudah sediakan aturan yang paling indah, paling cantik mengikut keperluan hambaNya.

Tanggal 1 Syaaban 1442, ibu berkesempatan menghadiri Daurah Tafsir di bawah kelolaan Ayah Aji @ Madrasah Tafsir Sunnah, Bandar Pinggiran Subang. Penginapan dan makanan disediakan percuma. Cuma tunggu orang yang ada inabah dan sanggup luang masa.  Sesungguhnya taufiq dan hidayah milik ALLAH jua. 

Kelas 3 kali sehari, sekitar 7 jam sehari. Jangkaan 30 juz tafsir dapat dikhatamkan seminggu sebelum Syawal. Ibu tak berkesempatan  bermalam di madrasah. Maka, agak terkejar-kejar berulang alik kadang-kadang sampai 3 kali sehari. Terdapat sikit kekangan yang ALLAH bantu laluinya... Dalam hati ibu terdetik, ALLAH tahu kesulitan yang hambaNya hadapi, segalanya tak mungkin sia-sia... pasti akan ada ganjaran, Insya-Allah.

Ilmu Quran inilah harta paling berharga yang ALLAH beri setelah sekian lama mencari. Alhamdulillah, di madrasah ibu berkesempatan berkenalan dan berjumpa dengan insan-insan yang sama-sama dalam proses belajar dan mencari kebenaran. 

Sesi pembelajaran. Pelajar tahfiz duduk, pelajar dewasa disediakan kerusi. 

Peluang QnA dengan Ayah Aji lepas sesi kelas. Perkara inilah pelajar yang ikuti kelas secara online tak peroleh. 

Malam kadang-kadang bawa Hakeem dan Uwais. K long dan K Ngah pun ada beberapa kali datang. Semoga ALLAH buka hati insan-insan tersayang disekeling ibu untuk belajar Ilmu Quran. Ni solat terawih, ibu cuti... Tu yang ambil gambar curi. 

Sesi bergambar setelah Daurah Tafsir 2021 tamat. Hari terakhir. Anak-anak tahfiz seronok sangat sebab esok masing-masing akan pulang ke kampung halaman  untuk menyambut SYAWAL. Lusa bermula PKP di 6 daerah di Selangor. Alhamdulillah, cantik aturan Allah. 

Antara pelajar wanita yang hadir semasa hari terakhir. Ada juga pelajar wanita lain yang tak berkesempatan bersama dihari terakhir. Mak Aji pun datang sama-sama bermesra dengan pelajar Ayah Aji. 

Semoga ALLAH beri peluang ibu menghadiri Daurah tiap tahun untuk kemantapan Ilmu. Untuk mendapat sanad, hanya qada' dan qadar ALLAHlah penentunya. 

No comments:

Post a Comment